Makanan Khas Negara Mesir Yang Buat Anda Ketagih Menikmatinya.

0
2426

Negara Mesir bukan hanya terkenal dengan tempat pelanconganya, malah budaya dan makanannya juga menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara Arab ini.

Entri kali ini, Deenamik ingin membawa anda mengenali antara hidangan negara Mesir yang boleh membuat anda ketagih dan tidak akan rasa menyesal menikmatinya.

Nasi Arab Khabsa & Mandy

Nasi Arab dihidangkan bersama ayam, namun kadangkal ada juga bersama dengan kambing atau ikan.

Terdapat dua jenis iaitu Khabsa dan Mandy. Nasi Khabsa berwarna kuning manakala Nasi Mandy berwarna perang kemerahan.

Nasi Arab dihidangkan bersama dengan potongan cili hijau, bawang besar dan sambal tomato. Ayam pula ada yang dipanggang dan ayam BBQ.

Nasi Arab dihidangkan dalam saiz yang agak besar dan kebiasannya dimakan beramai-ramai.

Shawarma

 

Berasal dari Timur Tengah. Kebiasaannya berintikan ayam, daging lembu atau kambing yang dihiris nipis dan disusun memanjang di atas sekeping roti khas seperti roti pita dan laffa.

Shawarma adalah hidangan jalanan yang popular. Daging akan dimasak terlebih dahulu bersama rempah ratus termasuklah jintan, buah pelaga, kunyit dan paprika.

Tambahan, ianya juga dihidangkan bersama potongan tomato, bawang, sayuran jeruk, sos tahini dan sos amba, cili bakar, terung dan kadangkala kentang goreng.

Kunafa

Kunafa dalah pencuci mulut menyerupai kek yang berintikan keju cair didalamnya. Toppingnya pula diletakkan seakan-akan bihun yang rangup.

BACA JUGA :   Ayuh Realisasikan Impian Anda Dengan Menyambung Pengajian Di IPT Terbaik Luar Negara

Untuk menikmati pencuci mulut ini, air gula pekat akan dicurahkan pada bahagian atas kunafa ini.

Tamis

Merupakan sejenis roti seakan roti nan. Namun saiz roti ini agak besar iaitu sebesar dulang.

Kebiasaannya dimakan pada waktu pagi ketika sarapan. Terdapat banyak jenis Tamis. Antaranya ialah ada yang disapu dengan air gula dan bijan dan juga Tamis keju.

Tamis dimakan bersama mushakkal iaitu kuah kari kacang kuda yang dikisar dan dicampur dengan lada hitam dan taburan keju di atas kuah.

Ianya juga boleh dinikmati bersama khibdah iaitu hati lembu yang dicincang dan dimasak bersama tomato dan bawang putih dan lada hitam ditambah untuk memberi sedikit rasa pedas.

Simit

Ianya roti yang berbentuk bulat seakan donut. Simit disaluti dengan biji bijan, biji bunga poppi, biji flex dan biji bunga matahari.

Makanan ini sudah wujud sejak zaman Uthmaniyyah lagi. Rasanya yang enak dan rangup di luar dan lembut di dalam pasti memberi kepuasan ketika menikmatinya.

Luqaimat

Luqaimat biasanya dijadikan sebagai hidangan penutup. Ianya berbentuk bulat dan garing di luar tetapi lebut di bahagian dalamnya.

Hidangan ini boleh didapati ketika bulan Ramadhan dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Kushari

Hidangan ini telah wujud sejak abad ke 19. Hidangan ini pada awalnya adalah diperbuat dari sisa makanan dan sangat popular dalam kalangan pekerja buruh. Namun keenakannya telah membuatkan ianya mula dikenali di seluruh negara.

BACA JUGA :   Menjelajah Sambil Belajar Bersama Daulah Educonsult ke Indonesia

Kushari diperbuat daripada nasi yang dicampur dengan macaroni serta lentil. Ia kemudiannya dicampur dengan kacang arab, spagetti, bawang goreng dan sos tomato.

Hidangan ini sangat sesuai untuk golongan vegetarian kerana tidak mengandungi bahan-bahan dari sumber haiwan.

Halloumi

Hidangan ini adalah keju separuh keras tanpa sebarang bahan campuran lain. Teksturnya agak kenyal kerana diperbuat dari susu kambing dan susu lembu.

Ianya boleh dimakan bersama roti, salad dan sebagainya. Namun enak juga jika dimakan begitu saja.

Makanan Arab memiliki peminatnya yang tersendiri. Hal ini demkian kerana ianya bukan kaya dengan rempah ratus dan aroma yang menawan, namun merupakan hidangan yang sihat dan segar.

Saiz hidangan yang besar juga sangat berbaloi dan mengenyangkan.

Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian ke Mesir?

Ayuh Mendaftar Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang pendidikan secara percuma. Berpengalaman luas dalam mengendalikan pelajar belajar ke luar negara . Antaranya ialah Mesir, Poland, Rusia, Turki, Indonesia dan Bangladesh.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here