Maldives adalah sebuah negara Islam yang wujud sejak tahun 1153 lagi. Tambahan, budaya, gaya hidup dan perayaan juga mengamalkan ajaran Islam.

Setiap rakyat Maldives yang beragama Islam dilarang minum arak dan berpakaian tidak menutup aurat. Sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha juga disambut dengan meriah.

Pendidikan Islam juga diangkat sebagai subjek teras dan tulisan jawi dan ilmu al-Quran diajar dari kecil.

Maldives sangat terkenal dengan keindahan pantainya. Bagi pasangan Muslim yang ingin berbulan madu disini, anda tidak perlu risau mengenai makanan halal kerana ianya mudah didapati.

Edisi kali ini, Deenamik ingin membawa anda menyelami budaya Islam yang diamalkan di Maldives.

Undang-Undang “No Alcohol” dan “No Bikini” Di Beberapa Tempat

Meminum minuman keras adalah dilarang sama sekali di pulau-pulau tempatan di Maldives. Terdapat juga beberapa pulau peribadi yang memberi kebebasan untuk pelancong berbikini.

BACA JUGA :   Budaya Menarik yang Ada di Makassar

 

Namun selain dari tempat-tempat ini, berpakaian menjolok mata dilarang dan perlu menghormati budaya tempatan.

 

Makanan Halal Mudah Didapati

Makanan tradisi Maldives dipengaruhi oleh rantaui Asia selatan. Anda akan temui pelbagai makanan India seperti kari pedas dan roshi (seperti roti canai).

Oleh itu, mencari makanan yang halal mudah satu isu besar ketika anda melancong ke Maldives.

Makan Malam Romantik Di Dasar Laut

Terdapat banyak restoran yang menawarkan perkhidmatan makan malam di dasar laut.

Antaranya ialah :

  • Ithaa Undersea Restaurant , Conrad Rangali Island

  • Undersea Restaurant, Hurawalhi Island Resort

Vila Mesra-Muslim Di Dasar Laut

Anda pasti tidak dapat melupakan momen dapat tidur ditemani dengan pemandangan dasar laut yang indah.

Conrad Maldives Rangali Island menawarkan perkhidmatan ini iaitu The Muraka. Makanan yang disediakan juga halal.

Terdapat juga banyak hotel dan guesthouse yang sangat selesa dan mengikut harga yang berpatutan. Dengan suasana yang mesra Muslim, anda tidak perlu bimbang dan bercuti dengan ahti yang tenang sahaja.

BACA JUGA :   Universitas Hasanuddin Menawarkan Bidang Perubatan Kepada Anda!

 

Info extra, anda tidak perlukan visa untuk melancong ke Maldives.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Hubungi

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here