Sebanyak 75 patung kayu dan gangsa serta beberapa mumia yang terdiri dari beberapa binatang lain ditemukan di tanah perkuburan Nekropolis.
Kucing, ular tedung, buaya, kumbang dan anak singa ditemukan dalam keadaan masih baik bersama dengan mumia dan objek lain.
Menteri Antikuiti, Khaled el-Enany menyifatkan penemuan di kaki Kuil Bastet itu seperti sebuah muzium.
Tambahnya, kajian arkeologi yang dijalankan menunjukkan lima mumia yang ditemui asalnya adalah anak singa.
Artifak lain turut ditemui dalam cari gali itu termasuklah patung lembu Apis, cerpelai, burung randuk, helang dan dewa Mesir kuno, Anubis dalam bentuk haiwan.
Kesemua artifak yang ditemui adalah dari Dinasti ke-26 bertarikh abad ke-7 sebelum Masihi.
Mesir berusaha mempromosi warisan uniknya dalam usaha menghidupkan semula sektor pelancongannya yang terjejas teruk ekoran ketidakstabilan politik dan keganasan.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Bumi Mesir? Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)