Anda berminat untuk sambung belajar ke Mesir khususnya ke Universiti Al-Azhar tetapi tiada SPM dan STPM?

Jangan risau, impian akan dapat dicapai melalui Madrasah Daulah dan Maahad Buuth. Disini, sijil SPM dan STPM tidak diperlukan, namun tekad dan keinginan yang tinggi untuk menuntut ilmu adalah yang paling utama.

Apa Itu Madrasah Daulah

Merupakan sebuah program yang mengurus dan membimbing para pelajar untuk menuntut ilmu di Maahad Buuth Islamiyah, Al-Azhar.

Maahad Buuth Islamiyah, Al-Azhar pula adalah sebuah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar. Ianya berada di bawah pentadbiran penuh institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.

Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan dengan sesi pembelajaran bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Sains Kesihatan Di Bangladesh Menerusi Daulah Educonsult

Sesi pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar bagi melepasi ujian kemasukan ke Maahad Buuth Islamiyah.

Tidak Perlu SPM Dan STPM

Tidak memiliki sijil akademik seperti SPM dan STPM bukan penghalang anda untuk melanjutkan pelajaran di sini.

Daulah Educonsult membuka semula pendaftaran untuk ke Madrasah Daulah Sesi Januari dan Februari tahun 2020.

Syarat Kelayakan

  • Lelaki atau perempuan
  • Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang agama
  • Mampu mematuhi peraturan dan syarat yang dikenakan serta aktiviti yang ditetapkan
  • Ada / Tiada sijil SPM dan STPM
  • Berumur 14 tahun hingga 21 tahun

Daulah Educonsult menawarkan perkhidmatan perundingan secara percuma kepada anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth melalui Madrasah Daulah.

BACA JUGA :   Gagal Ke Timur Tengah? Ubati Kesedihan Anda Di Indonesia

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain. Tambahan, skil penguasaan dalam Bahasa Arab juga dapat dimantapkan.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here