Setiap masyarakat mempunyai budaya dan pengaruh yang berbeza. Tradisi yang wujud dalam sesetengah kaum itu ialah yang membentuk personaliti masyarakat tersebut.
Kali ini, Deenamik ingin kongsikan beberapa hiasan wajah yang masih diamalkan oleh masyarakat dunia.
Bindi
Bindi adalah titik merah yang terdapat pada dahi wanita Hindu dan juga penganut agama Jainisme. Kawasan titik itu dipercayai sebagai kawasan ‘ajna’ seseorang.
Ajna adalah pengetahuan yang tersembunyi dan pemakaian bindi dipercayai dapat membantu melindungi tenaga seseorang untuk menjadikannya lebih fokus.
Antara bahan yang digunakan untuk membuat bindi adalah kunyit dan safron yang dikisar dan dibentukkan menjadi bulatan.
Tilak / Tilaka
Tilak membawa maksud petanda. Garisan yang dihasilkan juga berbeza mengikut kumpulan kepercayaan. Penganut Hindu dan Kupulan Shavas yang mengikut Dewi Shiva membuat tiga garis melintang pada dahi.
Kumpulan Vaishnavas yang menyembah Dewa Vishnu pula melakarkan dua garis menegak sepanjang dahi.
Arang Muka Hari Rabu
Lebih dikenali sebagi “Ash Wednesday” dan “The Day Of Ashes” dalam kepercayaan sesetengah penganut Kristian, mereka akan melakarkan tanda salib pada dahi mereka dengan menggunakan arang.
Arang dipilih kerana simbol manusia yang diperbuat daripada tanah dan apabila meninggal dunia manusia akan kembali menjadi debu-debu – ibarat debu arang.
Penganut Kristian akan hadir ke gereja dan paderi akan melukis tanda salib di dahi bagi memperingati kehidupan dan kematian.
Tanda Tapak Tangan Pada Muka Pahlawan Apache
Masyarakat Apache menetap di Amerika Syarikat. Simbol tapak tangan yang dilakar pada muka melambangkan bahawa seseorang itu pernah bertarung satu lawan satu dan menang dalam pertarungan tersebut.
Tradisi Gelina Muslim Bulgaria
Masyarakat Muslim Pomak yang menetap di Bulgaria masih mengamalkan budaya “gelina”.
Budaya ini adalah pengantin perempuan akan dilukiskan wajahnya dengan krim berwarna perak, sebelum hiasan manik dan corak bunga ditambah ke wajah pengantin tersebut.
Namun tradisi ini terpaksa dihentikan selepas kerajaan Kesatuan Soviet mengharamkannya tapi kembali popular pada masa kini dalam komuniti Muslim disana.
Ta ‘ Moko
Dinamakan sebagai ta’moko, tradisi ini dilakukan oleh suku kaum Maori di New Zealand. Tradisi ini dipercayai dlakukan berdasarkan satu kepercayaan masyarakat mereka iaitu permukaan kult yang diparut dengan corak sebelum diwarnakan.
Proses ini adalah jauh lebih menyakitkan dari proses tatu biasa dan mengambil masa yang lama. Ada diantara mereka yang mengambil masa sehingga bertahun lamanya.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?
Mendaftar Bersama Daulah
Daulah Educonsult menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang pendidikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sambung belajar ke luar negara. Antara negara yang dikendalikan oleh Daulah Educonsult adalah Poland, Rusia, Mesir, Bangladesh, Turki dan Indonesia.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)