Di Bandung, Indonesia terdapat banyak universiti kerana Kota Bandung merupakan antara bandar yang besar dan mempunyai populasi penduduk yang padat.
Jarak Perjalanan Yang Dekat dan Murah
Bagi anda yang mahu belajar ke luar negara namun tidak mahu berjauhan dengan keluarga, Indonesia adalah pilihan yang tepat.
Hal ini demikian kerana tambang penerbangan yang murah, makanan dan budaya yang lebih kurang sama akan membuatkan anda tidak berasa asing ketika belajar di Indonesia.
Berikut merupakan antara universiti yang terdapat di sekitar Kota Bandung.
Institut Teknologi Bandung
Institut Teknologi Bandung adalah sebuah universiti nyang terkenal di Indonesia. Universiti ini menduduki tempat ketiga di Indonesia dan tempat ke 895 di dunia.
Universiti ini mempunyai 13 fakulti.
Fasiliti
- Asrama Mahasiswa
- Perpustakaan
- Makmal Komputer
- Kantin
- WiFi percuma
- Shuttel Bas ITB
Universitas Padjajadran
Merupakan antara universiti yang menjadi kebanggaan warga Bandung. UNPAD menduduki tempat ke-6 di Indonesia manakala di tangga ke 1492 di dunia.
Universiti ini mempunyai 17 fakulti.
Fasiliti
- Asrama mahasiswa
- Perpustakaan
- Hospital
- Makmal
- Pusat Bahasa
- Pusat Kesihatan
- E-Learning Center
- Pengangkutan Awam Percuma
- Mesin ATM
- Pejabat Pos
Universitas Pendidikan Indonesia
Universiti ini banyak melahirkan para pendidik iaitu guru kerana universiti ini lebih terarah ke ilmu pendidikan.
Universiti Pendidikan Indonesia menduduki tangga ke-19 di Indonesia dan ke 2745 di dunia.
Universiti ini mempunyai 5 fakulti.
Fasiliti
- Ruang kuliah yang selesa
- Perpustakaan
- Micro Teaching
- Makmal Bahasa
- Khidmat Kaunseling
- Kantin
- Pusat Kesihatan
- Pusat Olahraga
Universitas Telkom
Merupakan universiti yang dimiliki oleh Perusahaan Telkom Indonesia melalui Yayasan Pendidikan PT.
Universiti ini merupakan kampus ICT dan telekomunikasi. Universiti ini menduduki tangga ke-23 di Indonesia dan tangga ke-3042 di dunia.
Fakulti di universiti ini adalah sebanyak 8 fakulti.
Fasiliti
- Makmal
- Studio
- Bengkel
- Perpustakaan
- Pusat Bahasa
- E-Learning Center
- Pusat Kerjaya
- Pusat Sukan
- WiFi percuma
Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung
Sebuah universiti yang menggabungkan antara ilmu intelektual dan juga ilmu agama dan merupakan sebuah universiti swasta Islam di Bandung.
Universiti ini menduduki tempat ke-70 di Indonesia dan tempat ke-4893 di dunia.
Universiti ini menawarkan 8 fakulti.
Fasiliti
- Perpustakaan
- Mesin ATM
- Pusat Olahraga
- Tempat Ibadah
- Jurnal Online
- Ruang kuliah yang selesa.
Berikut merupakan antara universiti yang terdapat di sekitar Kota Bandung. Masyarakat Bandung berkomunikasi menggunakan bahasa Sunda. Namun anda boleh saja bertutur dalam bahasa Indonesia kerana mereka juga akan faham.
KEMASUKAN ADALAH PADA BULAN SEPTEMBER 2020.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia? Ayuh Segera Mendaftar Bersama Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult adalah sebuah organisasi yang menjalankan perkhidmatan perundingan dalam bidang pendidikan secara percuma. Mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan pelajar belajar ke luar negara seperti negara Poland, Rusia, Mesir, Bangladesh, Turki dan Indonesia.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)