Setiap kali bercuti, perasaan gembira menyelubungi diri dan sering kali kita terlupa dengan perkara penting yang perlu dibawa ketika bercuti.

Deenamik ingin berkongsi 5 barang wajib yang perlu dibawa ketika bercuti sama ada dalam negara atau luar negara.

Jom Teruskan Membaca.

#Ubat-Ubatan Atau Kit Kecemasan

Selain dari ubatan antiseptik , pastikan juga anda membawa panadol, ubat sakit perut, ubat selsema dan juga ubat tahan loya.

Balsam juga sangat penting bagi melegakan gigitan serangga, mabuk laut dan juga pening kepala. Namun, hati-hati jika membawa minyak angin kerana sifat cecairnya yang mudah tumpah. Ianya juga akn meninggalkan bau!

#Topi

Jika anda tidak membawa payung, topi boleh digunakan untuk melindungi kepala anda daripada terkena hujan dan panas.

Bagi yang bercuti ke pantai, topi pantai adalah sangat berguna untuk melindungi dari terkena terik matahari.

BACA JUGA :   Gunakan Perkhidmatan Safer Delivery Untuk Pengeposan Pantas

Bagi yang ingin bercuti ke tempat yang sejuk pula anda dinasihatkan membawa beanie atu snow cap yang berfungsi bukan sahaja melindungi malah memberi haba kepada kepala anda.

#Pelembap

Pelembap sangat penting untuk mengekalkan kulit kita sentiasa lembap dan mengelakkan kekeringan. Melancong ke negara yang iklim sejuk atau terlampau panas menyebabkan kulit terhidrat dan mengalami kekeringan.

#Kaca Mata 

Berfungsi untuk mengelakkan cahaya terik matahari terus ke mata anda. Tambahan, kaca mata juga bertindak sebagai aksesori tambahan.

Anda juga akan kelihatan lebih bergaya semasa mengambil gambar untuk ootd.

#Beg Lipat

Beg lipat ini sifatnya mudah dibawa dan ringan. Ianya sangat wajib dibawa kemana-mana kerana kebanyakan negara sekarang mengamalkan sifar beg plastik.

Bukan sahaja anda dapat menjimatkan duit untuk beg plastik, malah anda juga sedang menyelamatkan bumi.

BACA JUGA :   Pengajian Di Al-Azhar Tanpa STPM/STAM

 

Berikut merupakan antara barang-barang yang boleh dibawa ketika melancong. Walaupun nampak remeh, namun fungsi dan impaknya sangat besar dalam percutian anda.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here