Melancong sememangnya memerlukan modal wang yang banyak. Tidak kiralah anda melancong sama ada dalam mahupun luar negara. Namun, anda pasti ingin berbelanja apabila melancong ke sesuatu tempat sama add untuk diri sendiri dan orang lain.

Oleh itu, Deenamik ingin berkongsi kepada anda beberapa trik untuk berjimat yang anda boleh aplikasikan sepanjang percutian anda.

Makanan

Makanan adalah keperluan yang sangat penting sepanjang trip pelancongan. Membawa makanan dari negara asal, memang menjimatkan. Namun anda tidak akan dapat merasai makanan tempatan negara yang anda kunjungi.

Anda boleh bertanyakan kepada penduduk setempat, pemandu Grab, penyambut tetamu atau sesiap sahaja yang anda ras selamat untuk bertanya mengenai restoran yang menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga termurah.

Tambahan, anda juga boleh melakukan sedikit kajian dengan “google” makanan dengan harga yang berpatutan.

Anda juga boleh pergi ke pasar petani untuk mendapatkan barangan yang segar dengan harga yang jauh lebih murah.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Persediaan Ke Universiti Al-Azhar

Bersiar-Siar

Bersiar-siar akan menjadi lebih mudah jika anda menyewa kereta untuk bergerak ke mana-mana. Namun, kos anda akan bertambah.

Anda boleh menyewa basikal yang jauh lebih murah dan menjimatkan. Di samping dapat menyihatkan tubuh badan. Terdapat peta yang boleh didapati secara percuma. Anda juga boleh meneroka bandar secara tenang.

Tambahan, anda juga boleh dapati pas pelancong yng terdapat di bandar-bandar metropolitan. Pas pelancong menawarkan pengangkutan awam dengan kos yang lebih murah dan kadangkala secara percuma.

Rancang perjalanan anda dengan bijak. Kenal pasti hari tarikan popular yang menawarkan pas masuk secara percuma seperti taman tema dan sebagainya. Misalnya, anda boleh lawati Lourve di Paris secara percuma pada hari ahad pertama pada setiap bulan dari Oktober hingga Mac.

Pengembaraan Dan Pengalaman

Jika anda menginap di hostel untuk backpakers, anda boleh bertanya kepada kaunter penyambut tetamu mengeni aktiviti yang disediakan bagi pelancong. Kebiasaannya, mereka akan menyediakan aktiviti pertukaran kebudayaan seperti bonfire night, berkhemah, malam kebudayaan dan sebagainya.

BACA JUGA :   Kluster Baru Di Cheras Libatkan 10 Pengawal Keselamatan

Pilih aktiviti yang menggunakan kos yang rendah. Misalnya seperti kembara dan perkhemahan.

Anda juga boleh cuba berkawan dan berkomunikasi dengan ahli backpackers yang lain sama ada anda boleh menyertai mereka untuk sebarang aktiviti.

Manfaatkan Kredit Kad Anda

Kebiasaannya terdapat dua jenis kemungkinan sahaja sama ada anda gunakan kredit kad dengan berhemah ataupun melakukan perbelanjaan secara maksimum.

Terdapat kad kredit yang perjalanan yang memberikan anda mata ganjaran apabila digunakan di luar negara. Mengumpul mata ganjaran ini akan digunakan pada bila-bila masa apabila anda bertukar mata wang yang terkumpul dengan item dari katalog jualan.

Melancong merupakan aktiviti tahunan yang sangat menyeronokkan kerana kita akan dapat belajar budaya dan pengalaman baru dari sesebuah negara.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here