Negara China merupakan pintu masuk ke Asia Timur. Walaupun berdepan dengan pelbagai isu kebelakangan ini, negara ini terus pesat membangun. Tambahan, negara ini juga merupakan antara negara yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai.

Terdapat juga destinasi pelancongan yang mengasyikkan di sekitar negara China. Negara China juga menerima kadar pelancong yang tinggi dari Malaysia.

Ayuh bersama Deenamik untuk membongkar destinasi percutian yang wajib dikunjungi di China.

Kunming

Iklim Kunming yang sederhana adalah sangat sesuai untuk dikunjungi pada bila-bila masa sahaja. Kunming adalah pusat ekonomi, pengangkutan, perindustrian dan kebudayaan di China.

Pelancong yang berkunjung ke Kunming boleh menyaksikan bunga yang mekar dengan melawat pameran bunga dan taman botani.

Hangzhou

Pada abad ke-13, Marco Polo menggambarkan bandar ini sebagai antara bandar yang paling indah dan megah di dunia.

Antara tasik yang terkenal adalah Tasik Barat yang merupakan tempat para penyair dan artis mengabadikan hasil seni mereka.

Tasik ini dipisahkan dengan jalan raya dan dipenuhi dengan bangunan kuno serta taman yang direka khas untuk santai.

Tambahan, pengunjung akan menemui pagoda, kuil dan juga ladang teh yang terdapat di sepanjang jalan.

Yangshuo

Destinasi percutian ini terkenal kerana kosnya yang murah dan bersifat santai. Yangshuo merupakan perhentian yang sesuai sebelum ke Guilin.

Ramai pelancong memilih untuk berbasikal yang boleh disewa bagi perjalanan pulang kerana laluannya yang rata dan sesuai untuk berbasikal.

Tambahan, pengunjung juga berkesempatan untuk menyaksikan para petani bekerja keras dalam ladang mereka.

Lhasa

Terletak di Tibet dan merupakan antara kota yang tertinggi iaitu 3,500 meter dari aras laut. Lhasa merupakan lokasi Istana Potala iaitu bekas rumah Dalai Lama.

BACA JUGA :   Solo Travel: A Journey of Self-Discovery

Istana ini dibina di Red Hill yang berusia lebih 360 tahun lamanya. Istana lain yang terdapat di Lhasa termasuklah Norbulingka yang dibina pada tahun 1755.

Xi’an

Xi’an adalah laluan Sutera yang banyak menjalankan perdagangan dengan negara di Eurasia. Ia merupakan pusat keistanaan yang merangkumi 11 dinasti antara tahun 1000 sebelum Masihi hingga 1000 Masihi.

Tempat tarikan yang paling terkenal ialah tentera Terracotta yang merupakan pelindung kepada makam maharaja pertama China.

Xi’an juga mempunyai dinding bandar abad ke-14 yang panjang kira-kira 12km. Ianya bukan sekadar tinggalan sejarah, malahan merupakan sebahagian dari perjalanan Xi’an yang perlu dilalui di bawah dan tepinya.

Shanghai

Shanghai merupakan bandar terbesar dan termaju di China. Terdapat banyak bangunan pencakr langir dan juga pusat membeli-belah yang didirikan di bandar ini.

Suasana malamnya dihiasi dengan lampu neon yang berwarna-warni. Tempat popular untuk untuk berjalan-jalan adalah Bund yang merupakan tebing sungai kolonila Shanghai di sepanjang Sungai Huangpu.

Tembok Besar China

Ini merupakan antara destinasi percutian wajib jika melancong ke China. Tujuan utama tembok ini didirikan adalah untuk melindungi diri daripada serangan orang-orang dari utara.

Tembok ini berusia kira-kira 2000 tahun dan berukuran kira-kira 8,8000 km. Namun sebahagian sudah rosak dan terjejas. Tambahan ianya juga merupakan struktur buatan manusia yang terpanjang di dunia.

Hong Kong

Hong Kong adalah sebuah pusat komersil bertaraf dunia yang menggabungkan budaya Cina, pengaruh kolonial British dan juga teknologi moden yang canggih.

BACA JUGA :   Saga 2019 Menepati Cita Rasa Pengguna Masa Kini?

Walaupun bandar ini sudah terkenal dengan zaman modennya, namun masih terdapat kehijauan yang dikekalkan seperti gunung dan juga pantai.

Antara beberapa tarikan adalah seperti Pelabuhan Victoria. Lokasi ini menawarkan pemandangan yang indah terutama pada waktu malam. The Peak juga merupakan titik tertinggi di Hong Kong dan menawarkan pemandangan yang sangat indah.

Beijing

Beijing merupakan antara kota yang paling popular di China. Terdapat Dataran Tianmen, Kota Larangan, Muzium Negara China dan juga Summer Palace.

Selain itu, para pelancong juga boleh membuat lawatan ke taman-taman Cina dari pelbagai zaman yang berbeza. Ianya juga masih menyimpan seni bina kuno yang pastinya melengkapkan lagi pengembaraan anda.

Berminat melanjutkan pengajian ke negara China, Daulah Educonsult sedang membuka tawaran pengajian dalam bidang perubatan tradisional di China.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here