Umum mengetahui Malaysia dan Indonesia masing-masing terletak di atas garisan khatulistiwa iaitu panas dan hujan sahaja sepanjang tahun. Namun, di Indonesia terdapat juga kawasan yang bersuhu dingin semulajadi sepanjang tahun.
Kali ini, Deenamik ingin kongsikan beberapa tempat menarik di Indonesia yang anda tidak akan berasa rugi ketika mengunjunginya.
Kampung Sampireun, Garut
Lokasi kampung ini hanya terletak kira-kira 70 kilometer dari kota Bandung. Terdapat kemudahan penginapan yang disediakan disini yang mesra alam dengan kedinginan dan kesegaran.
Terdapat sebuah Gunung Papandayan dan terdapat tumbuhan di sekitar gunung ini yang telah terbakar dek lava gunung berapi.
Kebanyakan pendaki gemar mengambil gambar pemandangan yang berlatar belakangkan Hutan Mati.
Garut juga terkenal dengan lambakan sungai dan air terjun yang indah. Leuwi Jurig adalah air terjun dengan aliran tebing tinggi.
Kota Seribu Bunga Tomohon, Sulawesi Utara
Berada di tengah-tengah Gunung Lokon dan Gunung Mahawu dan mempunyai purata suhu sekitar 18 hingga 20 darjah Celcius.
Terdapat sebuah tasik yang mempunyai 3 warna iaitu biru gelap, hijau toska dan kuning keperangan di Tasik Linow.
Bandungan & Ungaran, Semarang
Menawarkan percutian yag indah dengan alam semula jadi dari kehidupan bandar. Semarang terkenal dengan bandar tepi laut.
Anda boleh mengunjungi Kuil Gedong Songo . Tambahan terdapat juga Tanah Perkhemahan Mawar di Umbul Sidomukti yang menawarkan pengalaman berkhemah di atas gunung.
Malino Highlands, Sulawesi Selatan
Dingin, udara segar dan berada di ketinggian 1,050 meter di paras laut menjadikan Malino Highlands sebagai lokasi ideal bagi penanaman teh.
Terdapat juga Air Terjun Takapala iaitu kira-kira 600 meter dari Malino Highlands. Dengan ketinggian 100 meter, anda dapat merasai sendiri percikan dari air terjun tersebut.
Dataran Tinggi Dieng, Jawa Tengah
Berada 2,093 meter dari atas paras laut, anda sudah boleh menjangkakan betapa segar dan sejuknya udara disini. Anda juga berpeluang melihat Kawah Sikidang dan batu kapur yang indah dan sejuk mata memandang.
Anda jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan matahari terbit di Bukit Sikunir yang indah dan memukau mata.
Bukit Tinggi, Sumatera Barat
Sesuai dengan namanya, lokasi ini terletak 900 meter dari paras laut dan tidak hairanlah suhu di sini dingin dan menyegarkan.
Merupakan bandar kedua terbesar di Sumatera Barat, lokasi kegemaran pelancong ini saban tahun menerima pengunjungnya. Antara mercu tanda popular adalah Jam Gadang yang beroperasi sejak tahun 1926 lagi.
Berikut merupakan antara destinasi percutian bersuhu dingin di Indonesia. Bukan sahaja tambang penerbangan yang murah, malahan jaraknya juga dekat sahaja dengan Malaysia.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)