Indonesia merupakan sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Terdapat lambakan universiti di Indonesia yang menawarkan bidang pengajian Islam yang setaraf dengan universiti di dunia.

Edisi kali ini, Deenamik ingin berkongsi sedikit mengenai Daulah Educonsult sedang membuka pendaftaran baharu sesi 2020 untuk pengajian ke Indonesia.

Teruskan Membaca!

Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (IAIN STS Jambi)

Ditubuhkan pada tahun 1967 di bawah Kemeterian Agama Republik Indonesia. Institut ini  menyediakan proses pembelajaran nilai-nilai Islam yang inovatif, berdaya saing dan responsif. Institut ini adalah bertaraf antarabangsa dan menjalinkan hubungan dengan beberapa universiti antarabangsa seperti Massey University di New Zealand dan juga Universiti Teknologi Malaysia.

Fakulti Yang Ditawarkan

  • Fakulti Syariah
  • Fakulti Usuluddin
  • Fakulti Ilmu Tarbiah dan Keguruan
  • Fakulti Adab dan Humaniora
  • Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Islam
  • Program Pascasarjana
BACA JUGA :   Kemasukan Terhad Ke Madrasah Daulah Sesi Oktober / November 2020

Fasiliti dan kemudahan yang disediakan juga selesa. Antaranya termsuklah masjid kampus, auditorium, makmal, kantin, asrama mahasiswa, pengangkutan, WiFi, klinik universiti, radio kampus dan banyak lagi.

Tambahan, institut  ini juga menggunakan sistem E-Learning dan juga perpustakaan secara digital.

Institut ini juga berdekatan dengan stesen bas, pasaraya, farmasi, masjid, restoran, pusat sukan dan juga hospital.

Disebabkan Indonesia merupakan majoriti agama Islam, makanan halal sangatlah mudah untuk didapati. Makanan juga murah dan enak. Ianya kena dengan selera masyarakat Malaysia yang makanan rujinya adalah nasi.

Destinasi Pelancongan Yang Menarik

Di Jambi, terdapat banyak destinasi pelancongan yang boleh dilawati. Sayang jika belajar di luar negar tapi tidak explore keunikan negara tersebut. Antara destinasi pelancongan di Jambi adalah Tugu Juang, Gentala Arasy, Tugu Pers dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Bidang Perubatan di Kursk State Medical University.

 

Tunggu apa lagi? Ayuh mendaftar bersama Daulah Educonsult. Anda juga boleh datang ke pejabat Daulah Holding untuk berunding dengan konsultan terbaik mereka.

 

 

 

 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here