Minuman yang sejuk dan berais sangat digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Tambahan, aktiviti mengunyah ais juga sangat digemari oleh segelintir dari kita.

Namun, terdapat banyak keburukan hasil daripada aktiviti tidak sihat itu. Dalam tak sedar, anda sebenarnya sedang merosakkan gigi sendiri.

Edisi kali ini, Deenamik ingin kongsikan keburukan dan akibat dari menguyah ais.

Berhenti Menjahanamkan Gigi Sendiri

Jika anda merupakan seorang penguyah ais yang berjaya, anda sebenarnya sedang mengjahanamkan gigi anda tanpa sedar. Hal ini kerana, lama kelamaan gigi anda akan kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.

Gigi Berlekuk

Abfraction adalah istilah bagi gigi anda akan berlubang atau berlekuk terutama di bahagian “leher” gigi tersebut.

Hal ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap menguyah sesuatu yang keras seperti ais.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Sehingga Ke Universiti Al-Azhar Menerusi Program Madrasah Daulah.

Kesan daripada abfraction ini akan mengakibatkan gigi menjadi sensitif. Sekiranya tidak dibendung, gigi akan patah dan pecah kerana banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.

Saluran Saraf Gigi Mati Mengejut

Jika perkara ini berlaku, gigi akan pecah tetapi anda tidak akan berasa sakit kerana saraf gigi sudah tidak rasa apa-apa deria.

Hal ini sangat bahaya kerana, ianya boleh mendatangkan jangkitan kuman dalam mulut. Doktor akan melakukan rawatan saluran akar (root control treatment) dan akan tampal dan sarung gigi (crown).

Kepada anda yang suka menguyah ais, boleh lebih berhati-hati dan kurangkan tabiat tersebut.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara Dalam Bidang Yang Diminati

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Sesi Konsultasi Adalah Percuma

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Kembali Tawaran Belajar Ke Rusia

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here