Wabak penyakit adalah salah satu peristiwa terburuk dalm sejarah dunia kerana kesannya hampir sama dengan perang dunia. Wabak penyakit yang menular dalam masyarakat mampu melumpuhkan aktiviti, ekonomi serta kesihatan sesebuah negara.

Kali ini, Deenamik ingin membincangkan 10 wabak penyakit yang pernah menggegarkan dunia.  Entri kali ini diharap menyedari betapa buruknya kesan wabak penyakit dalam masyarakat yang percaya dengan propaganda konspirasi anti vaksin.

Tahun 165 : Wabak Antonine

Turut dikenali dengan wabak Galen, ia adalah penyakit purba di Empayar Rom yang menyerang para tentera yang pulang dari Asia Dekat (Mesir dan Turki). Wabak ini seakan-akan cacar dan campak.

Tahun 541-542 : Wabak Justinian

Wabak ini berlaku di Empayar Byzantine yang berpusat di kota Konstantinople setelah jatuhnya Empayar Rom Purba. Punca berlakunya wabak ini adalah kehadiran kutu tikus sebagai pembawa penyakit. Tikus yang berjangkit ini datang bersama dengan kapal-kapal dagang ke palbuhan-pelabuhan penting.

Tahun 1346 – 1353 : Wabak Hitam

Wabak Hitam, Black Death atau Pestilence merupakan wabak yang popular pernah berlaku. Wabak ini merahut nyawa sekitar 75 hingga 200 juta manusia di seluruh Eurasia. Bakteria Yersinia pestis adalah organisma yang bertanggungjawab akan wabak ini. Puncanya adalah dari tikus yang membawa kutu berjangkit mengembara di sepanjang Jalan Sutera menuju ke Crimea pada tahun 1343.

Tahun 1846 – 1860 : Wabak Cholera Ketiga 

Wabak ini berasal dari India yang turut meragut nyawa luar dari India. Cholera ini wujud dari sumber air yang tidak bersih dan tercemar. Seramai sejuta orang meninggal dunia akibar wabak ini di Rusia.

BACA JUGA :   Kelebihan Belajar Di Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Tahun 1889 – 1890 : Wabak Influenza

Turut dikenali sebagai Asiatic Flu atau Russian Flu, wabak ini merebak dengan cepat yang diakibatkan oleh Influenza A subtype H2N2. Namun kajian baru mendapati virus penyebab adalah Influenza A subtype H3N8. Kes pertama merebak di Turkestan, Kanada dan Greenland.

Tahun 1910 – 1911 : Wabak Cholera Ke-Enam

Merupakan dari siri wabak Cholera, wabak ini mengganas dengan meragut nyawa sebanyak 800,000 rakyat India dan kemudian merebak ke Asia Tengah, Afrika Utara, Eropah Timur dan Rusia. Amerika Syarikat juga turut terlibat sama.

Tahun 1918 – 1920 : Spanish Flu

Wabak ini adalah wabak terburuk melibatkan virus Influenza H1N1. Wabak ini menjangkiti 500 juta manusia termasuk di pulau-pulau Pasisfik dan juga Artik. Punca virus ini masih diperdebat kerana ketiadaan data byang berkaitan.

Tahun 1956 – 1958 : Wabak Influenza Asia

Wabak ini merebak kerana sejenis virus Influenza A subtype H2N2. Wabak ini merebakd ari negara China dan bertahan selama hampir 2 tahun. Ianya merebak dari daerah Guizhou ke Singapura ke Hong Kong dan ke Amerika Syarikat.

Tahun 1968 : Hong Kong Flu

Hanya menyerang selama 17 hari, namun tetap mampu mengancam dunia. Virus ini merebak ke Singapura dan juga ke Vietnam. Seterusnya, ia merebak ke Filipina, India, Australi, Eropah dan juga ke Amerika Syarikat.

BACA JUGA :   Pulau Tercantik Di Indonesia

Tahun 1981 : Wabak HIV / AIDS

Virus HIV dikesan di negara Democratic Republic of the Congo yang membunuh seramai 36 juta orang. Seramai 35 juta orang menghidapi AIDS  termasuk 21 juta di kawasan Sub-Saharan  Afrika. Pelbagai rawatan dan kempen kesedaran dilakukan di seluruh dunia untuk membasmi wabak ini.

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan wabak virus Novel Coronavirus yang berasal dari daerah Wuhan di China. Ianya sudah menyerang hampir negara Asia dan juga Amerika Syarikat. Oleh itu, anda disarankan sentiasa berada dalam keadaaan bersih. Segera berjumpa dengan doktor jika berasa badan kurang sihat.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here