Tahun Baharu Cina adalah perayaan terpenting bagi orang Cina khususnya yang beragama Buddha. Perayaan ini melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baharu bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.

Perayaan Tahun Baharu ini disambut dengan meriah di Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai msyarakat yang majmuk.

Ramai yang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung tau pun ‘terbang’ ke lujar negara bagi meraikan perayaan ini dan mengambil cuti yang panjang.

Hari ini, Deenamik akan senaraikan beberapa destinasi percutian di seluruh Asia yang menjadi pilihan untuk menyambut perayaan ini berdasarkan kepada senarai Agoda.

Negara Sekitar Asia

Tokyo, Bangkok dan Taipei menduduki carta teratas destinasi utama pelancong-palancong dari Asia untuk menyambut Tahun Baharu Cina. Diikuti oleh Taichung, Osaka, Kaohsiung, Seoul dan juga Kuala Lumpur.

Tokyo

Tokyo adalah sebuah bandar utama di Jepun dan sangat terkenal dengan ahli gusti Sumo terbaik. Tambahan, anda juga dapat mempelajari teknik pedang samurai yang sangat terkenal dalam kalangan ninja Jepun. Bagi yang ingin menikmati kuliner Jepun, anda boleh berkunjung ke Tsukiji Fish Market Tokyo untuk menikmati juadah istimewa Jepun yang segar.

Bangkok

Bangkok menawarkan percutian yang terbaik setakat ini. Antaranya seperti berkunjung ke beberapa kuil dan tokong ternama di sekitar Bangkok seperti Kuil Ayutthaya dan juga ‘river cruise‘. Tahiland juga terkenal dengan pasar terapungnya dan lambakn makanan tradisi yang sangat enak dan unik. Pada waktu malam, anda boleh berkunjung ke pasar malam yang tidak akan pernah surut dengan pelancong sama ada dari penduduk tempatan mahupun luar negara.

BACA JUGA :   KETAHUI 3 UNIVERSITI YANG BOLEH MEMOHON MELALUI KEPUTUSAN STAM

Taipei

Sambutan Tahun Baharu Cina di Taipei pastinya meninggalkan kenanga yang sangat indah. Hal ini demikian kerana anda boleh melawat ke Sun Moon Lake dan juga Kenting. Tambahan anda juga boleh berkunjung ke Gunung Gajah, menaiki puncak tertinggi di Taipei 1010 dan juga melawat muzium.

Taichung

Hanya berjarak 2 jam dari bandar Taipei, Taichung adalah sebuah destinasi pelancongan kebudayaan di Taiwan. Berkunjung ke Rainbow Village untuk melihat sendiri mural yang terdapat di dinding di sepanjang kampung tersebut. Anda juga boleh ke Muzium Negara Taiwan yang mnerupakan antara muzium yang terbesar di Taiwan. Jangan lupa untuk berkunjung ke Formosan Aboriginal Culture Village untuk merasai sendiri suasana kampung di Taiwan.

Osaka

Osaka, badnar kedua terbesar selepas Tokyo. Osaka adalah syurga makanan, pemandangan yang indah dan juga pengalamana yang sukar dilupakan. Berkunjung ke Istana Osaka yang mengakat senibina bangunan Umeda Sky. Di Osaka, terdapat juga sebuah akuarium yang sangat besar iaitu Osaka Aquarium Kaiyukan.

Berkunjung ke jalan Dotonbori dan merasai makanan jalanan seperti Takoyaki, yakitori dan juga okonomiyaki. Abadikan kenangan dengan bergambar bersama Glico Man. Jangan lupa berkunjung ke Universal Studios Japan!

BACA JUGA :   Permintaan Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan Semakin Digilai Ramai

Kaohsiung

Merupakan bandar pelabuhan terbesar di Taiwan, bandar ini sedang maju membangun ke arah modenisasi. Lawati Lotus Pond dan Pier 2 Art District yang menawarkan ukiran, dan juga mural yang menggambarkan tradisi Kaohsiung. Berkunjung ke stesen keretapi tercantik iaitu Formosa Boelevard.

Seoul

Berkunjung ke tanah K-Pop jangan lupa berkunjung ke Istana Gyeongbokgung yang wujud sejak dinasti Joseon. Seterusnya berkunjung ke Bukchon Hanok Village untuk melihat Hanok, rumah tradisi masyarakat Korea. Nikmati fiesta makanan di Gwangjang Market dan makanan jalanan Korea seperti mung-bean pancake. Untuk percutian yang mendebarkan, anda boleh berkunjung ke Lotte World Theme Park dan rasai sendiri Gyro Swing.

Kuala Lumpur

Kuala Lumopur Malaysia dikenali kerana bangunan pencakar langitnya. Terdapat menara KLCC yang sangat tinggi dan terdapat juga Sky Deck di Menara Kuala Lumpur. Kuala Lumpur menawarkan percutian yang indah di Batu Caves, Sunway Lagoon. Kuala Lumpur juga terkenal dengan lambakan makanannya yang enak dan sedap. Untuk merasa suhu yang berhawa dingin, berkunjung ke Genting Highland atau ke Cameron Highland.

Berikut merupakan antara destinasi percutian yang disenaraikan oleh Agoda bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina di sekitar negara Asia.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here