Yusaku Maezawa mengumumkan dia sedang mencari seorang wanita untuk dijadikan teman hidup. Bakal teman hidupnya itu akan menyertainya mengelilingi bulan.

Menurut bilionair berusia 43 tahun itu, ekspedisi ini akan menjadi bukti kesetiaan lelaki kepada wanita. Tambahnya, wanita tersebut perlulah berusia sekitar 20-an.

Kesunyian 

“Ketika berada berseorangan dan perasaan kesepian semakin memakan diri, hanya satu perkara boleh saya fikirkan iaitu terus mencintai seorang wanita.

“Saya ingin mencari teman hidup. Dengan bakal teman hidup itu nanti, saya ingin menyatakan cinta kami dan keamanan dunia di angkasa,” katanya yang dipetik Reuters.

Antara kriteria lainnya adalah wanita tersebut perlu berminat untuk ke angkasa, bersedia untuk bersamanya mengharungi pahit getir projek berkenaan dan berkeinginan untuk melihat keamanan dunia.

BACA JUGA :   Pilihan Tepat Demi Masa Depan

Menututnya, ekspedisi itu bukanlaH semata-mata ingin meluangkan masa bersama bakal teman hidupnya. Namun adalah sebahagian daripada projek dokumentari melalui projek Dear Moon.

SpaceX

SpaceX diwujudkan pada tahun 2002 untuk membolehkan manusia menikmati pengalaman meneroka angkasa. Dokumentari tersebut berjudul Full Moon Lovers bakal disiarkan secara langsung melalui perkhidmatan penstriman Abema TV. 

Dia dijangka memulakan pelayaran mengelilingi bulan itu pada 2023 sebagai penumpang pertama untuk perkhidmatan ditawarkan hartawan Elon Mask, Space Exploration Technologies (SpaceX).

Derma RM37 Juta

Dia pada masa sama juga bermurah hati untuk mendermakan AS$9 juta (RM37 juta) kepada pengikut Twitternya bagi mencetus perdebatan di Jepun berhubung merit pendapatan asas.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here