Jordan adalah sebuah negara yang terkenal dengan sejarahnya kerana banyak kerajaan yang bersilih ganti memerintah tanah Jordan ini. Antaranya ialah zaman Mesopotamia, Babylon, Parsi dan bahagian Tenggara Jordan yang pernag diduduki oleh kaum Thmud (Petra).

Jika anda merancang ingin bercuti atau belajar di Jordan, Deenamik akan menyenaraikan beberapa destinasi menarik yang anda boleh kunjungi di Jordan.

Petra – Destinasi Wajib

Petra tersenarai antara 7 Wonders of the World . Ianya adalah sebuah kota yang didiami oleh The Nabateans yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Petra terletak di Ma’an dan jaraknya sekitar 4 jam dari bandar Amman. Bandar ini diukir hasl seni pemotongan batu pada kurun ke-6.

Wadi Rum – Lembah Merah

Pemandangan yang indah seakan-akan laut rupa-rupanya adalah sebuah padang pasir. Anda akan terkesima setelah melihatnya sendiri. Masyarakat Badawi mendiami kawan ini. Tambahan, Wadi Rum turut mendapat jolokan “Valley Of The Moon“. Lembah pasir ini merupakan antara yang terbesar dengan keluasan mencapai 720 km persegi. Lokasi padang pasir ini berhampiran dengan Aqaba dan juga kota kuno Petra.

BACA JUGA :   Cara Jana Pendapatan Pasif Lumayan Secara Berterusan Bersama Safer

Laut Mati

Masih ingatkah anda pada kisah Kaum Lut yang dilaknat Allah atas perbuatan mereka yang diluar tabii. Laut Mati dipercayai lokasi dimana kisah ini berlku yang diceritakan di dalam Al-Quran. Laut Mati ialah laut yang mempunyai air yang sangat masin sehingga tiada satu pun hidupan yang mampu hidup disini. Anda juga akan terapung jika berada di atas permukaan Laut Merah ini.

Aqobah : Revolusi Arab

Aqobah adalah bandar pelabuhan yang terpenting di Jordan kerana kedudukan strategiknya di hujung laut Merah iaitu antara Benua Asia dan juga Afrika. Bandar di tepi laut ini mempunyai pantai yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

Gua Ashabul Kahfi

Di dalam Al-Quran ada diceritakan mengenai kisah 7 orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua selama hampir 309 tahun. Kisah penghuni gua ini sangat menakjubkan dan menunjukkan kekuasaaN Allah. Ashabul Kahfi terletak di sebauh gua yang berada di atas bukit yang tinggi.

Bukit Nebo, Madaba

Pengkaji Barat mendakwa sejarah Jordan dikatakan bermula di Bukit Nebo yang terletak berhampiran Madaba. Ianya juga didakwa merupakan lokasi makam Nabi Musa A.S. Dari atas Bukit Nebo, anda akan dapat melihat pemandangan Lembah Jordan, Laut Mati, Jerusalem dan juga Baitulaham.

BACA JUGA :   Guna Gelongsor Ke Pintu Pelepasan Di Changi Airport

Berikut merupakan antara destinasi yang boleh dikunjungi jika anda berkunjung atau belajar ke Jordan. Berminat Belajar Ke Jordan? Daulah Educonsult menawarkan Kursus Bahasa Arab di Jordan.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here