Pernah terfikir kerjaya seorang doktor yang merawat pesakit namun tidak boleh berkomunikasi dengan pesakitnya. Ianya terlihat susah. Namun itulah hakikat yang perlu ditempuhi oleh seorang doktor veterinar.

Kewujudan doktor veterinar ini sangat penting dalam masyarakat kerana tanpa mereka, keselamatan rakyat Malaysia pasti tergugat. Mereka adalah “pahlawan” yang tidak didendang kerana golongan inilah yang mengawal penyakit haiwan dari berjangkit kepada manusia.

Pernah dengar penyakit H5N1, rabbies dan anjing gila? Kesemua ini adalah penyakit zoonotik bawaan haiwan yang mampu berjangkit dengan manusia.

Bersama Deenamik untuk menyingkap keistimewaan pekerjaan seorang doktor veterinar ini.

Kerjaya Yang Sangat Dihormati

Kerjaya sebagai seorang doktor veterinar adalah sangat istimewa kerana mereka berurusan dengan haiwan yang tidak mampu untuk berkomunikasi dengan bahasa yang difahami. Mereka perlu memahami isyarat dan perlakuan yang ditunjukkan oleh haiwan tersebut.

Tambahan, doktor veterinar sangat mencabar kerana mereka antara individu awal yang perlu berdepan jika virus itu tersebar.

Kerjaya Yang Versatile

Doktor veterinar bukan sahaja perlu mendiagnos haiwan, malahan mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan spesies yang terlibat. Risiko merawat haiwan adalah mereka akan bersifat agresif jika berasa terancam.

BACA JUGA :   Perdana Menteri Ke-8 Mulakan Tugas Hari Ini

Kerjaya ini memerlukan doktor itu bersifat “versatile” dan “handling” ketika merawat dan memberikan haiwan-haiwan tersebut ubat.

Sangat berisiko ketika bekerja dengan haiwan liar dan yang bertaring seperti harimau dan beruang.

Kerjaya Yang Tidak Pilih Kasih Antara Haiwan

Kerjaya doktor veterinar tidak terhad kepada sesetengah haiwan. Mereka juga perlu berurusan dengan haiwan yang haram disisi Islam iaitu babi dan juga anjing.

Mungkin ianya adalah isu sensitif namun, mereka juga haiwan yang perlu dilindungi dan dirawat jika sedang kesakitan. Mereka hanya perlu samak sahaja dan terdapat pelbagai kemudahan pada zaman sekarang.

Lambakan Peluang Pekerjaan

Sebenarnya banyak peluang pekerjaan yang menunggu graduan doktor perubatan veterinar ini. Bukannya hanya terhad kepada klinik haiwan sahaja. Rujuk Sini. Tambahan gaji yang ditawarkan untuk fresh graduate juga berpatutan.

BACA JUGA :   Anda Berminat Menyambung Pengajian Dalam Bidang Perubatan di Rusia? Fly September 2019

Ada juga doktor veterinar yang menyertai Royal Malaysian Police, Royal Malaysian Armed Forces dan Royal Customs.

Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang veterinar di Bangladesh dan Indonesia.

Daulah Educonsult menawarkan dua buah universiti di luar negara iaitu Bangladesh Agriculture University dan Bogor Agriculture Institute.

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here