Anda mungkin salah seorang yang mengalami kesukaran untuk tidur atau lebih dikenali sebagai insomnia. Namun anda perlu tahu terlebih dahulu punca berlakunya insomnia ini. Rujuk Sini. 

Deenamik akan berkongsi beberapa langkah yang boleh dilakukan jika anda merupakan penghidap insomnia.

Sumber dari National Sleep Foundation

Bagaimana Cara Untuk Atasi

Selesakan Diri Anda

Jadikan diri anda selesa semasa tidur. Dengan cara ini, anda akan berasa mudah untuk tidur dengan lebih cepat. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya :

  • Tidur dengan persekitaran atau bilik yang tenang (tidak bising)
  • Tidur di di tempat bersih dan selesa

Tenangkan Diri

Anda perlukan persekitaran yang tenang untuk  dan damai untuk menghilangkan kebosanan dan kekacauan yang ada di fikiran. Antara yang boleh dilakukan adalah :

  • Mendengar muzik dengan genre yang menenangkan
  • Bagi yang Muslim, perdengarkan alunan bacaan al-Quran.
  • Matikan semua telefon bimbit atau apa-apa sahaja yang boleh menganggu anda.

Susun Tempat Tidur Anda

Keadaan tilam atau katil yang tidak selesa boleh menganggu tisur anda. Ianya mungkin tidak penting, namun dapat mengakibatkan insomnia.

Tidur di tilam yang keras atau terlalu lembut menyebabkan anda tidak dapat tidur dengan selesa. Begitu juga dengan bantal.

Oleh itu, sesuaikan dengan keselesaan anda kerana setiap keselesaan manusia adalah berbeza-beza.

Keadaan Bilik Yang Gelap

Bagi sesetengah orang, tidur dalam keadaan yang sangat gelap mampu mempercepatkan masa tidur mereka.

  • Matikan lampu agar mata anda boleh tertidur dengan lebih cepat.
  • Mematikan lampu juga membantu minda untuk mengurangkan kewaspadaan dan membuatkan anda tidur dengan lebih cepat.
  • Bagi anda yang takutkan kegelapan, anda boleh membuka lampu kecil.

Menjaga Pola Tidur

Penting untuk menjaga pola tidur bagi penghidap insomnia. Jika tidur lebih awal, maka anda akan memiliki pola tidur yang baik pada setiap hari.

  • Usahakan untuk bangun tidur pada jam yang sama pada setiap hari dan tidur awal.

Kurangkan Pengambilan Kafien

Kurangkan pengambilan kafein pada waktu malam. Mengambil kafein sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur adalah tidak baik kerana kafein boleh menyebabkan kurangnya kualiti tidur anda.

Elakkan Pengambilan Alkohol

Bagi anda yang mengalami insomnia, elakkan pengambilan alkohol. Ini kerana alkohol mempunyai kesan sedatif namun mampu membuatkan anda susah untuk tidur.

Mengambil Makanan Yang Menandungi Tryptophan

Tryptophan adalah bahan kimia yang mampu mempercepatkan otak agar lebih cepat tidur. Antara makanan yang mengandungi tryptophan adalah :

  • Keju cair
  • Daging ayam
  • Ikan tuna
  • Kacang soya

Suplemen Yang mengandungi Melatonin

Melatonin adalah hormon yang mengendalikan kitaran tidur dan bangun.

  • Membantu meningkatkan kadar melatonin dalam tubuh dan membantu mengendalikan kitaran tidur anda.
  • Memastikan dos suplemen sesuai dengan cadangan doktor.

Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Bersenam dapat menyihatkan tubuh badan dan mengelakkan stres dan juga keletihan disebabkan insomnia. Tambahan, ianya juga dapat mengisi masa terluang dengan keluarga.

Berikut merupakan antara langkah-langkah yang boleh diikuti untuk mengubati insomnia. Namun anda juga perlu mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here