Jika anda menonton “The Spy” di Netflix, ianya adalah sangat direkomendasi kerana mengisahkan bagaikan kelicikan seorang perisik menunaikan tanggungjawabnya. Drama ini mempunyai 6 siri dan sudah mula ditayangkan secara rasmi pada 6 September 2019.

Drama ini adalah adaptasi daripada sebuah kasah benar arahan Gideon Raff yang berkisarkan kisah benar seorang pengintip profilik tahun 60-an. Pengintip yang bernama Eli Cohen ini berasal dari Israel yang sangat berpengaruh, kaya dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.

Identiti Sebenar Eli Cohen

Eliyahu Ben-Shaul Cohen atau Eli Cohen lahir di Alexandria, Mesir pada tahun 1924 dan menerima pendidikan awal di sekolah komuniti Yahudi.

Selepas tamat pengajian, Cohen menyambung pengajian ke University of Alexandria dalam bidang kejuruteraan elektrikal. Beliau adalah seorang yang sangat patriotisme terhadap negaranya.

Penglibatan Bersama Zionis

Apabila Israel mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ pada tahun 1949, keluarganya berpindah ke kawasan yang didakwa sebagai wilayah penguasaan Israel itu. Namun Cohen tetap di Mesir menghabiskan pengajiannya dan terlibat dengan protes tunjuk perasaan yang dilakukan di Mesir.

Perlantikan Sebagai Pengintip

Disebabkan Cohen mahir berbahasa Perancis, Arab, Inggeris, Itali dan juga Hebrew dia diangkat menjadi seorang perisik Israel di Syria. Tambahan Cohen juga mampu bertutur dalam dialek tempatan di Mesir, Syria dan Lebanon.

Cohen diminta menulis satu biografi mengenai dirinya dan dia juga bersedia dihantar kemana-mana sahaja untuk menjalani aktiviti pengintipan Israel.

Kesudian Cohen menjadikannya calon yang layak kerana Israel beranggapan penyatuan Mesir dan Syria dalam Kesatuan Republik Arab sebagai satu ancaman besar.

Penglibatan Pengintipan

Eli Cohen telah dihantar ke Argentina untuk menyamar sebagai seorang usahawan berjaya dari Syria. Dia menggunakan identiti baru iaitu Kamel Amin Thaabet. Identiti baru ini menjadikan dia seorang rakyat Syria yang sangat kaya.

BACA JUGA :   Kang Gary Buat Comeback Di "The Return of Superman"

Misinya adalah untuk menyusup masuk ke dalam kalangan orang Arab dan membina kepercayaan mereka terhadap dirinya. Cohen sering menghadiri majlis-majlis keramaian dengan mengenakan pakaian yang berjenama.

Usaha ini berhasil apabila dia berjaya membina hubungan rapat dengan golongan elit diaspora Syria di Argentina.

Dia diperkenalkan dengan individu terpenting Syria seperti ketua Mundo Arabe, akhbar populr Latin Amerika dalam komuniti Arab. Bermula dari sini, dia diperkenalkan dengan pelbagai orang penting Syria dan membina kepercayaan dalam diri mereka.

Penghijrahan Ke Syria

Eli Cohen berhijrah ke Syria pada tahun 1962 dan hasil dari hubungan rapat dengan orang berpengaruh di Syria, dia menggunakan peluang tersebut untuk kepentingan dirinya. Salah seorang adalah Jeneral Alman Hafiz.

Kedudukan  tinggi jeneral ini memudahkan Cohen menyusup masuk maklumat sulit daripada pelbagai kementerian di Syria. Dia menyalurkan kesemua maklumat tersebut kepada pihak Israel.

Kejayaan Terbesar Eli Cohen

Cohen mendapat maklumat berkenaan rancangan Syria untuk mengalihkan sungai Jordan yang menjadi punca utama air bersih Israel. Tambahan, Cohen juga kerap menghantar malumat berkenaan imej dan peta ketenteraan kepada pihak di Tel Aviv.

Dia juga merupakan penyumbang utama kepada kemenangan Israel dalam peperangan selama 6 hari pada tahun 1967. Tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Mesir yang telah melumpuhkan pasukan tentera udara Mesir.

Serangan ini mencetuskan peperangan antara negara Syria, Jordan, Iraq dan Lebanon. Berkat maklumat yang disampaikan oleh Cohen, Israel hampir menang keseluruhan serangan yang berlaku. Israel berjaya menguasai Tebing Barat dan Gaza Strip.

BACA JUGA :   Crash Landing On You Pecahkan Rekod Goblin

Penangkapan Eli Cohen

Dia ditangkap oleh pasukan penyiasatan Syria pada Januari 1965 di kediaman mewahnya ketika sedang menghantar maklumat sulit. Sebulan kemudian,  Cohen dijatuhi hukuman gantung selepas dibicarakan.

Antara punca penangkapan adalah, pihak kedutaan India sering mengadu mengenai gangguan komunikasi radio dengan New Delhi.

Siasatan telah dijalankan dengan menggunakan sistem radio dari Soviet dan telah menemukan lokasi tersebut. Namun malangnya, Cohen tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Pasukan penyiasat dari Mesir telah mengenalpasti muka Cohen dan di turut dikenalpasti sebagai pengintip dari Israel.  Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan mayatnya dibiarkan tergantung selama hampir 6 jam.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan . Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here