Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang dahulunya dikenali dengan nama Malaysia Airlines System (MAS) adalah sebuah syarikat penerbangan. MAB menyediakan penerbangan secara domestik dan antarabangsa.
Baru-baru ini syarikat penerbangan tersebut telah menerima kembali selimut yang “diambil” salah seorang penumpang penerbangan itu 9 tahun lalu. Seorang kru pesawat menjumpai nota di dalam bungkusan plastik berisi selimut berkenaan.
“MAAF… Saya kurang arif dulu. Saya ambil selimut ini. Sekitar 2011 tak silap. Hari ini, saya pulangkan. Minta maaf dan minta halal selama saya guna ya. Apapun, ini selimut kegemaran saya. Minta maaf sekali lagi MAS.”
Kisah selimut ini menjadi viral selepas Ketua Pramugara MAS, Kamarulzaman Abd Karim memuat naik gambar gambar nita tersebut di akaun Facebook dan Instagram beliau.
Menurut beliau, nota tersebut tidak mempunyai nama dan juga nombor yang boleh dihubungi. Tambahnya, nota berkenaan dipercayai dari penumpang yang menaiki penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.
Lazimnya, bagi mereka yang menaiki penerbangan bagi jarak jauh, penumpang akan dibekalkan dengan selimut, bantal dan juga earphone untuk keselesaan.
Namun, ianya hanya akan digunakan untuk sementara waktu iaitu ketika dalam penerbangan sahaja.
Selimut kebiasaannya digunakan penumpang di dalam kabin sahaja dan akan dicuci untuk digunakan semula dalam penerbangan yang lain.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang erjayaan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk erjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)