Kerjaya sebagai seorang doktor veterinar, atau bekerja dalam bidang veterinar. Ramai di luar sana yang masih clueless, apakah skop kerja dalam bidang ini. Namun sebelum itu, anda yang berminat untuk bekerja dalam bidang ini, perlu tahu terlebih dahulu apa itu doktor veterinar.

Doktor veterinar atau doktor haiwan adalah doktor yang mengendalikan pesakit dari kalangan haiwan sahaja. Doktor ini perlu versartile kerana mereka berurusan dengan pesakit yang tidak mampu berkomunikasi dengan bahasa yang kita faham.

Untuk mengetahui mengenai kerjaya doktor veterinar ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu perjalanan pendidikan yang sesuai untuk kerjaya ini.

Bermula dengan UPSR, PMR dan juga SPM. SPM adalah titik permulaan untuk anda memilih bidang yang betul. Untuk menjadi seorang doktor veterinar, anda perlu score A dalam subjek biologi, kimia, dan fizik.

Selepas cemerlang dalam SPM, anda diberi pilihan sama ada mahu meneruskan pengajian dalam STPM, ASASI, Matrikulasi atau Diploma. Di STPM, anda perlu ambil aliran sains iaitu belajar subjek-subjek yang berkaitan sains.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian di Universiti Pertanian Bangladesh

Jika memilih untuk meneruskan pengajian melalui Matrikulasi, “jalan” Matrikulasi adalah shortcut untuk anda yang berminat dalam bidang veterinar ini. Seperti biasa, perlu score setiap subjek sains.

Bagi anda yang melalui program ASASI pula, ASASI juga merupakan jalan pintas untuk menceburkan diri dalam bidang veterinar. Namun, program ASASI terkenal dengan pembelajarannya yang padat dan memerlukan kekuatan mental untuk mengharunginya.

Melalui Diploma, tempoh pembelajaran agak lama berbanding STPM, Matrikulasi dan juga ASASI. Diploma memakan masa hampir 3 tahun. Namun, jika anda tidak mahu menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Anda juga boleh memohon kerja dengan hanya menggunaka sijil Diploma sahaja.

Akhir sekali, Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar. Di Malaysia, hanya terdapat dua universiti yang menawarkan bidang ini. Antaranya ialah Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan. Untuk universiti swasta, bidang veterinar belum diperkenalkan lagi.

BACA JUGA :   Pengambilan Pelajar Universiti di Bangladesh untuk Tahun 2021

Namun bagi anda yang mahu belajar ke luar negara dalam bidang ini, Daulah Educonsult ada menawarkan bidang ini.  Negara yang ditawarkan itu adalah Indonesia dan juga Bangladesh.

Bogor Agricultural Institute
Bangladesh Agricultural University

Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2020. Daftar segera untuk confirm kemasukan.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang erjayaan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk erjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

4 COMMENTS

  1. Salam doktor…saya mendapat twaran belajar ke matrikulasi jurusan sains komputer(kimia,biology,math,sainskomputer). Persoalan sya ialah bolehkah sya memohon perubatan veterinar selepas tamat belajar?atau hanya pelajar jurusan sains hayat(kimia,fizil,bio,math)sja yg bole memohon perubatan veterinary?

  2. Assalamualaikum doc…saya seorg lepasan spm dan sya berminat hendak melanjutkan pelajaran ke arah vet ni.tapi saya pelajar sastera dan perniagaan sya tak ambil mata pelajaran sains tulen seperti bio,kimia dan fisik.bolehkah sya menyambung pelajaran ke arah vet tanpa kelulusan sains tulen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here