Pasti ramai yang gemar ke luar negara kan?. Banyak faedah yang kita  boleh dapat semasa melancong. Antaranya ialah dapat belajar tentang budaya di sesebuah negara. Namun, pelbagai persiapan perlu dilakukan sebelum ke negara yang kita tuju. Admin akan kongsikan tips bagi mereka yang merancang untuk melancong ke Indonesia.

Tips yang pertama ialah pastikan anda mempunyai passport yang belum tamat tempoh. Sekiranya passport anda sudah tamat tempoh, anda perlu pergi ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui passport anda. Bagi mereka yang ingin tinggal di Indonesia lebih daripda 30 hari, anda perlu memohon visa di Kedutaan Indonesia yang berada di Malaysia.

Tips seterusnya ialah tempah tempat penginapan lebih awal dan pastikan lokasinya tidak terlalu jauh dengan tempat yang anda ingin lawati. Terdapat banyak tempat penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan!

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Sambung Belajar Ke Luar Negara

Seterusnya, lakukan “research” tentang tempat yang anda ingin lawati di Indonesia. Ini akan memudahkan anda untuk rancang perjalanan anda sewaktu berada di Indonesia nanti. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menganggarkan perbelanjaan anda nanti. Banyak tempat menarik yang anda boleh lawat seperti Taman Mini Indonesia Indah dan juga Monas Tower yang terletak di Jakarta. Ini akan memudahkan anda untuk rancang perjalanan anda sewaktu berada di Indonesia nanti. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menganggarkan perbelanjaan anda.

Semasa berada di Indonesia anda WAJIB cuba masakan di sana kerana masakan Indonesia sangat enak! Pelbagai gerai yang menjual aneka menu boleh didapati di serata Indonesia. Anda tidak perlu bimbang, makanan halal ade dimana-mana. Antara makanan yang anda boleh cuba sewaktu berada di Indonesia ialah nasi tumpeng dan juga nasi ambeng.

BACA JUGA :   Kemasukan Segera Ke Universiti Di Indonesia

Berminat untuk sambung pengajian di Indonesia? Daulah Educonsult sedia membantu anda!

Daulah Educonsult Sdn Bhd sentiasa bersedia untuk membantu anda yang memasang impian untuk belajar di luar negara. Ayuh! daftar segera dengan kami. Hubungi kami di talian:

Cik Athirah: 018-3949480

Customer service: 018-9624322

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here