Poland, negara yang sangat jarang didengari namun tersembunyi pelbagai misteri yang wajib disingkap oleh masyarakt luar. Negara Poland ini seringkali disalah anggap sebagai negara yang berada di bawah Rusia disebabkan bahasanya yang lebih kurang sama. Poland sangat kaya dengan destinasi pelancongan dan juga pendidikan yang bertaraf antarabangsa yang menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi.
Bersama Deenamik akan berkongsi kepada anda mengapa anda harus melancong dan berkunjung ke negara Poland ini. Teruskan membaca.
Keindahan Alam Semula Jadi
Terdapat lebih 23 taman negara, 1269 rizab alam semula jadi dan beratus santuari burung di Poland. Negara ini terkenal dengan Laut Baltik dan juga pasir pantai yang memutih di negara ini.
Terdapat juga banjaran gunung yang indah seperti Bieszczady dan Tatry. Tasik yang sangat memukau pandangan juga terdapat di Poland. Antaranya seperti Morskie Oko yang telah diiktiraf sebagai salah satu tasik tercantik oleh The Wall Street Journal.
Haiwan liar yang kian pupus juga terdapat disini seperti Bison yang merupakan mamalia terbesar di Eropah. Poland juga mempunyai 4 musim yang memberikan pengalaman yang berbeza bagi setiap musim.
Seni Reka Bangunan Yang Indah
Poland kaya dengan sejarahnya, oleh sebab itu, terdapat banyak binaan yang bercirikan senibina yang indah sama ada di bandar mahupun di desa. Daripada istana, gereja kesemuanya mempunyai binaan yang unik.
Misalnya di Krakow, terdapat bangunan yang tinggi di atas gunung yang dibina dengan indah. Anda juga mampu menghabiskan masa sehari hanya untuk melihat banguna dengan reka bentuk binaan yang indah seperti di Gdansk.
Melancong Ke Poland Dengan Kos Yang Rendah
Jika dibandingkan dengan Paris atau London, kos di Poland jauh lebih murah sama ada dari segi pelancongan, makanan, penginapan dan sebagainya.
Kebudayaan Yang Unik
Poland adalah sebuah negara yang telah wujud hampir 123 tahun yang lalu. Bahasa poland adalah antara bahasa yang tersusah untuk dpelajari.
Sistem Pengangkutan Yang Efisien
Berjalan di sekitar Poland adalah sangat mudah kerana Poland mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisien. Antaranya seperti bas, keretapi, adalah sangat mudah untuk diakses di mana-mana.
Makanan Halal Mudah Didapati
Makanan Polish adalah antara yang terbaik di Eropah. Hampir kesemua makanannya adalah berkualiti tinggi dan berstatus organik. Masyarakat Muslim yang berkunjung ke Poland tidak perlu risau kerana terdapat banyak restoran yang menjual makanan yang halal dan pastinya sedap.
Tiada Jurang Komunikasi
Rakyat Poland adalah rakyat yabg fasih berbahasa Inggeris. Anda tidak akan berdepan dengan masalah sukar untuk berkomunikasi sama ada mahu mencari arah atau lakukan urusan jual beli. Tambahan, anda mungkin boleh tawar-menawar dengan mereka!
Tunggu apa lagi? Book tiket ke Poland. Jika anda mahu meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Poland, Daulah Educonsult ada menyediakan tawaran sambung belajar ke Poland. Antara bidang pengajian yang ditawarkan termasuklah perubatan, kejuruteraan pesawat dan pengurusan perniagaan antarabangsa.
Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2020. Mendaftar segera sementara masih berpeluang.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)