Kesihatan merupakan aset dan harta yang terpenting dalam kehidupan seseorang manusia. Kekayaan akan sia-sia sahaja kerana kesihatan ini tidak dapat dinilai harganya.

Menjaga kesihatan tidak perlu menunggu ketika sudah ditimpa sakit. Namun kekalkan kesihatan dengan menjaga pemakanan, minuman dan juga bersenam.

Deenamik ingin berkongsikan beberapa tips kesihatan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Minum Sambil Berdiri

Nabi melarang umatnya minum sambil berdiri. Hal ini bertepatan dalam perubatan kerana dalam tubuh manusia terdapat penapis (sfringer). Penapis ini akan terbuka ketika manusia duduk manakala akan terbuka apabila manusia berdiri. Tambahan, air yang diminum tidak 100% disteril untuk diolah oleh tubuh badan manusia.

Oleh itu, bila manusia minum dalam keadaan berdiri, air yang diminum itu tidak disaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak disaring akan terus ke pundi kencing yang menyebabkan penyakit batu karang.

BACA JUGA :   Ini Tips Meningkatkan Keselamatan Memandu Pada Waktu Malam

Meniup Air Yang Masih Panas

Udara yang dihembus dari mulut manusia mengandungi karbon dioksida (CO2). Karbon Dioksida itu akan melarut dalam air dan menghasilkan cecair yang bersifat asid H2CO3 (asam karbonat). H2CO3 in pula akan menyebabkan penyakit jantung dan masalah perut yang tidak selesa.

Mandi Sebelum Subuh

Nabi Muhammad mengalakkan mandi sebelum waktu Subuh. Hal ini demikian kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

Makan Berulam Air

Makan yang berselang-seli dengan meminum air adalah dilarang oleh Nabi Muhammad. Hal ini demikian kerana akan menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan seterusnya menyebabkan bdan berangin.

Kesemua larangan tersebut bukan hanya suka-suka dimana terselit hikmah dan sudah dibuktikan dengan kajian sains. Setiap perbuatan baik yang dilakukan itu perlulah istiqamah. Mencegah lebih baik dari merawat. Tambahan, amalkan pemakanan seimbang dan juga rajinlah bersenam.

BACA JUGA :   TUKAR SELERA KEPADA KOPI MENTEGA YANG BANYAK KHASIAT

 

Wallahualam.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here