Pejabat Perdana Menteri hari ini memutuskan Tun Dr Maharthir Mohamad akan memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan.

Pejabat Perdana Menteri itu berkata pemangkuan sementara yang berkuatkuasa 3 Januari lepas itu diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas (8 Januari 2020).

Jawatan itu diisi susulan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 2 Januari lepas. Beliau meletak jawatan selepas menabur bakti selama 20 bulan.

Pada Selasa, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, Dr Mahathir berkata pelantikan Menteri Pendidikan akan ditentukan olehnya dan ia adalah prerogatif beliau.

Sumber dari Bernama.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   5 Barang Wajib Yang Berguna Ketika Melancong

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here