Kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering. Namun jika penghasilannya secara berlebihan, ia akan menyebabkan muka berminyak yang mudah untuk berjerawat.
Muka yang berjerawat dan masalah kulit menyebabkan kurangnya keyakinan diri. Deenamik akan bantu selesaikan masalah anda dan diharap dapat membantu.
Lemon
Campurkan sesudu lemon dengan sedikit madu dan susu. Sapukan pada kulit muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum dibilas. Boleh dilakukan pada setiap hari.
Timun
Kisar timun hijau dan jadkannya sebagai masker muka. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air bersih. Boleh dilakukan 2 kali seminggu untuk kesan yang lebih baik.
Cuci Muka Pada Waktu Siang Dan Malam
Melakukan cucian muka dengan konsisten pada waktu siang dan malam sebelum tidur akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di muka.
Cuci Muka Dengan Air Suhu BilikĀ
Elakkan guna air panas untuk cucui muka. Hal ini kerana boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Elakkan Makanan Yang Berminyak
Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam sangat berbahaya untuk kesihatan jika diambil dalam kadar yang tinggi. Tambahan, makan tersebut juga membantu dalam meningkatkan kadar muka berminyak, termasuk dengan hasil tenusu. Hadkan pengambilan makanan sebegini.
Yogurt
Ambil sesudu yogurt dab ratakan ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas. Tujuannya adalah membantu untuk menyerap lebihan minyak pada muka dan menanggalkan sel mati.
Clay Mask
Amalkan penggunakanclay mask sebulan sekali. Ianya mampu membantu mengeringkan kulit muka secara tak langsung membantu penghasilan yang berlebihan pada kulit muka.
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengawal lebihan kulit berminyak di muka anda.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)