Bandung adalah salah satu destinasi menarik buat pelancong yang datang dari pelbagai negara termasuk Malaysia.
Malah, ianya turut terkenal dengan destinasi membeli-belah kerana harganya yang murah. Bukan setakat terkenal dengan harganya yang murah, Bandung juga mempunyai tempat yang cantik dan menarik untuk dilawati.
Kepenatan membeli-belah perlu direhat dengan melihat pemandangan dan tempat yang cantik. Antara tempat menarik di Bandung ialah:
Kawah Putih
Walaupun jauh dari pusat bandar, tempat ini menyajikan pemandangan yang cantik buat anda. Tempat ini telah menjadi salah satu pilihan pelancong untuk datang ke sini. Sesi fotografi sesuai dilakukan disini kerana suasananya yang indah. Kawasan ini dikatakan terhasil daripada letusan gunung berapi kemudian membentuk sebuah danau bertanah putih. Disusuli dengan air kehijauan bercampur dengan putih serta pokok bakau yang tumbuh. Dikawasan ini amat kuat bau belerang yang datangnya dari gunung berapi itu.
Tebing Keraton
Untuk melihat pemandangan yang memukau, melihat sunset dan sunrise, anda perlu mendaki dan berjalan kaki untuk sampai ke puncaknya. Dikelilingi oleh hutan dan bukit bakau menjadikan tempat ini sesuai bagi sesiapa yang sukakan alam hijau. Jika waktu pagi, terdapat awan yang meliputi hutan disekeliling. Melihat suasana keindahannya mampu membuatkan kita lupa segala masalah dan dapat menenangkan jiwa. Treknya agak senang dan mudah untuk sampai ke atas.
Tangkuban Parahu
Selain dari kawah putih, Tangkuban Parahu juga antara kawasan gunung berapi yang masih aktif. Tempat ini menjadi kunjungan pelancong kerana pemandangannya yang cantik. Sama seperti kawah putih, kawasan ini juga berbau belerang kerana datang dari gunung berapi yang dikatakan masih mengalirkan belerang. Jika pelancong yang datang ke Bandung, pasti akan datang ke sini untuk menikmati pemandangan disini.
Stone Garden
Terletak di puncak Gunung Pawon yang menyajikan pemandangan batu kapur yang indah. Malah, disini terdapat artifak sejarah peninggalan masyarakat terdahulu. Untuk sampai ke puncak Stone Garden ini, anda perlu mendaki dan melalui hutan sekitar 1.5 kilometer. Sebelum mendaki pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan kasut yang selesa bagi mengelakkan daripada sakit kaki dan sebagainya. Bekalan makanan, minuman dan ubatan juga perlu dibekalkan jika kecemasan.
Jom sambung belajar ke Indonesia dengan Daulah Educonsult!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)