Buah tin adalah buah yang disebut dalam al-Quran dan menceritakan sesuatu termasuk khasiat yang ada dalam buah tin.

Buah ini sangat enak dimakan sama seperti buah lain. Ianya mengandungi khasiat dan kaya dengan vitamin.

Antara khasiat yang terkandung dalam buah tin ialah:

Mengawal Berat Badan

Buah tin dapat membantu mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah obesiti. Ini kerana buah tin dapat mengenyangkan untuk tempoh yang lama. Tetapi pengambilannya hendaklah berpada agar tidak berlebihan. Jika diambil secara berlebihan, pasti lain pula jadinya. Gantikan pencuci mulut anda yang manis seperti kuih lopes kepada buah tin ini sebagai snek anda.

Membantu Masalah Sembelit

Selain pisang yang dikatakan dapat melawaskan, buah tin juga mengandungi serat yang tinggi. Hal ini dapat mengatasi masalah sembelit dan cirit-birit. Selain itu, ianya bagus untuk pencernaan anda.

BACA JUGA :   Pengajian Menerusi Program Madrasah Daulah Tidak Memerlukan Sijil SPM & STAM.
Bagus Untuk Jantung

Kandungan yang terdapat pada buah tin seperti omega 3 dan omega 6 serta kandungan lain membantu dalam merendahkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Selain bagus untuk penyakit lain seperti darah tinggi, diabetes, kanser dan sebagainya.

Buah tin adalah buah yang dikatakan mengandungi 1001 khasiat dan sangat bagus untuk kesihatan diri.

Jom sambung belajar di luar negara dengan bidang pengajian yang anda minati! Daulah Educonsult membantu anda!

Daulah Educonsult ialah sebuah platform yang akan membantu anda menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Pengajian Kejuruteraan Pesawat di Moscow

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here