Memasak memerlukan suasana dan peralatan yang kemas dan bersih barulah terasa bersemangat. Jika peralatan yang digunakan tidak bersih, hitam, berkerak dan sebagainya, hendak memasak pun terasa tidak bersemangat.

 

Beberapa petua atau tips dikongsikan bagi menanggalkan kerak, daki, kesan hangus atau hitam di kuali anda. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada didapur anda sahaja.

Petua

Campuran garam dan perahan limau nipis sehingga menjadi satu adunan yang likat kemudian sapu pada permukaan yang berkerak. Biarkan lebih kurang dua jam dan seterusnya renjiskan sedikit air dan sental sehingga berkilat atau tanggal.

 

Baking soda bukan sahaja digunakan untuk membersihkan lubang sink, malah digunakan untuk menjadikan kuali anda berkilat. Masukkan air dalam kuali atau periuk yang berkerak itu kemudian rebuskan serta campurkan satu cawan cuka. Rebuskan bersama sehingga kerak kelihatan lembut atau tertanggal sendirinya. Setelah itu, matikan api, masukkan baking soda tunggu sehingga sejuk. Apabila telah sejuk, barulah anda boleh menyentalnya sedikit demi sedikit.

BACA JUGA :   Pendaftaran awal untuk ke Universiti Luar Negara

Air berkarbonat seperti Coca-Cola boleh digunakan untuk membersihkan kuali yang hangus atau berkerak. Caranya adalah dengan merendam kuali atau periuk yang berkerak itu dalam air berkarbonat ini dan biarkan selama dua jam. Seterusnya cuci dan sental macam biasa.

 

Menggunakan sabun jenama Buruh yang hanya berharga sekitar RM5. Sabun ini diparut atau disagat kemudian digunakan seperti sabun membasuh dan menyentalnya sehingga berkilat. Sabun ini agak terkenal digunakan untuk menyental kuali.

Jom sambung belajari di luar negara! Banyak bidang kursus ditawarkan di pelbagai negara. Jangan melepaskan peluang ini. Daulah Educonsult akan bantu anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Kuasai Bidang Pengajian Islam Di Universiti Luar Negara Menerusi Daulah Educonsult.

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here