Barisan pelakon utama

Drama dari Korea Selatan yang dibintangi oleh Hyun Bin dan Son Ye Jin mencatatkan rating tertinggi . Menurut laporan Nielsen Korea, episod akhir drama Crash Landing On you mencapai sebanyak 24.1% manakala Goblin pula 20.5%.

Sinopsis

Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang usahwan berjaya dari Korea Selatan, Yoon Se Ri yang tersesat ke Korea Utara akibat kemalangan payung terjun. Umum mengetahui, Korea Selatan dan Korea Utara tidak ‘sebulu’ sehingga sekarang. Di sana, Se Ri bertemu dengan seorang askar, Ri Jong Hyeok yang telah menyelamatkannya.

Jong Hyeok memegang jawatan yang agak tinggi dan dia berusaha untuk menyembunyikan kewujudan Se Ri. Namun dalam masa yang sama, dia juga berusaha mencari jalan agar Se Ri boleh pulang semula ke Korea Selatan.

BACA JUGA :   Realme 5i, Buds Air - Buah Tangan Terbaru Realme
Ri Jeong Hyuk yang dilakonkan oleh Hyun Bin

Drama ini bukan hanya sekadar genre romantis. Namun turut mengetengahkan isu kekeluargaan, komedi, semangat patriotik terhadap negara dan banyak lagi. Setiap episod menyajikan jalan cerita yang berbeza. Drama yang mempunyai 16 episod ini diterbitkan oleh TVN.

Latar tempat yang diaplikasikan menunjukkan perbandingan dua negara antara Korea Selatan yang maju dan juga Korea Utara yang berada di bawah pemerintahan komunis. Drama ini juga mengajak penontonya untuk lebih sayang terhadap keluarga dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Mesej sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki turut disampaikan melalui drama ini.

Khabarnya, ramai juga yang mengalirkan air mata saat menonton episod akhir drama ini. Anda pula bagaimana?

BACA JUGA :   Hanya Daftar Sebagai User dan Nikmati Pendapatan Pasif Secara Berterusan Bersama Safer!

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here