Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajjad atau Sajat yang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya. Isu jantina yang sering menjadi perbualan hangat masih belum selesai. Usahawan muda ini mencetuskan kontroversi apabila dia memakai telekung ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Sijil kelahirannya juga mendapati dia dilahirkan sebagai seorang lelaki.

Disebabkan isu ini memberi impak yang besar terhadap negara dan juga agama, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli memuat naik peringatan kepadanya dan rakyat Malaysia.

Hukum Umrah Bagi Transgender

  • Wajib bagi golongan ini menunaikan umrah dengan jantina asalnya. Walaupun ibadah umrahnya sah, namun perbuatannya tetap haram dan berdosa. Malah boleh dikenakan dam jika melanggar wajib umrah. Masalah ini juga disebut sebagai infikak al-jihah oleh para fuqaha.
  • Ianya bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 Musim Haji 1433H pada kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji. Muzakarah berpendapat golongan ini yang semulajadi atau disengajakan perlu beribadah mengikut hukum asal kejadian dirinya. Walaupun telah melakukan pembedahan bukan dengan keharusan syarak, juga perlu beribadat dengan fitrah asal.
BACA JUGA :   Tawaran ke Kursk State Medical University

Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah perlulah terus dipelihara. Sebarang tindakan yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah, boleh memberi impak kepada hubungan baik dan kerjasama Malaysia – Arab Saudi.

Peruntukan undang-undang syariah berhubung kesalahan golongan transgender ini diperuntukan di dalam akta dan enakmen neger-negeri. Menjadi tanggungjawab pihak berautoriti untuk melaksanakan dengan penuh amanah dan bijaksana.

Diharapkan golongan ini kembali ke fitrah kerana manusia memang dijadikan untuk berpasangan dan melanggar hukum agama adalah kesalahan yang sangat besar.

Berminat melanjutkan pengajian ke Mesir dalam Pengajian Islam? Mendaftar segera bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Bantu Tamatkan Pengajian Hingga ke Peringkat Ijazah Sarjana

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here