Alexandria adalah sebuah bandar yang menyimpan banyak sejarah dan kisah pemerintahan raja terdahulu. Di bandar ini terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati.

Istana Montazah

Tempat menarik untuk dilawati di Cairo ialah Istana Montazah. Dibangunkan sekitar tahun 1892 merupakan simbol kepada kemewahan dan kerajaan.

Mengikut sejarah, istana ini dulunya didiami oleh Raja Farouk. Dikenali dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab, suka berfoya-foya, suka membeli kereta mewah, menghabiskan duit dikasino dan sebagainya.

Istana Montazah ini menghadap laut Mediterranean menjadikan pemandangannya begitu cantik. Kawasannya yang luas dan dikatakan mempunyai 365 jalan masuk yang berbeza.

Bibliotek Alexandria

Tarikan seterusnya ialah Perpustakaan Alexandria atau dikenali sebagai Bibliotek Alexandria. Senibina bangunan perpustakaan ini unik dan cantik serta sudah dapat dilihat dari jauh.

BACA JUGA :   Topeng Muka Kain- Risiko Jangkitan Lebih Tinggi

Dibuka pada tahun 2002, struktur bangunan perpustakaan ini dikatakan kelihatan sama seperti asal iaitu yang dibakar ketika semasa penjajahan Napoleon.

Menurut sumber, perpustakaan asal adalah perpustakaan terbesar yang pernah wujud dalam sejarah dan menjadi persinggahan buat para cendekiawan. Pengunjung yang berkunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri senibina yang unik ini.

Qaitbay

Benteng Qaitbay menjadi salah satu ikon buat pelancong. Lokasinya yang menghadap ke laut Mediterranean dan bertujuan untuk melindungi kota dari tentera salib pada tahun 1480.

 

Corniche

Corniche adalah sebuah tempat pejalan kaki di persisiran pelabuhan yang dilengkapi dengan restoran, tempat bersejarah dan pasar. Pejalan kaki boleh menikmati pemandangan laut Mediterranean semasa berjalan kaki di sepanjang pelabuhan ini.

Bukan sahaja pemandangan laut tetapi pejalan kaki akan menikmati senibina bangunan bersejarah seperti Bibliotheca, Istana Montazah, Benteng Qaitbay dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Ayuh! Realisasikan impian anda menjadi doktor di KSMU

Jom sambung belajar di Mesir. Pada waktu yang sama, anda boleh melawat ke destinasi-destinasi menarik ini. Daulah Educonsult akan membantu anda melanjutkan pelajaran ke Mesir!

Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang membantu anda menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here