Pada asalnya Universiti Tanta ditubuhkan hasil daripada fakulti perubatan Universiti Iskandariah. Pada tahun 1970 Universiti Tanta ditubuhkan dan dan diisytiharkan sebagai universiti kelima di Republik Arab Mesir.

Seterusnya pada tahun 1976, fakulti lain diwujudkan iaitu fakulti farmasi, pergigian, undang-undang, kejuruteraan, pertanian dan veterinar.

Universiti Tanta yang terletak di ibu negeri Gharbiya dan kira-kira 1290 kilometer dari Alexandria dan 90 kilometer dari Kaherah.

Universiti ini adalah dibawah pengawasan dan diselia oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir. Bidang yang ditawarkan disini ialah pergigian.

Pengangkutan utama disini ialah van, bas dan kereta api. Mudah diakses dan tambang yang dikenakan amat berpatutan.

Selain pengangkutan, makanan juga mudah dicari di sekitar universiti ini. Terdapat juga kedai makan yang diusahakan oleh pelajar Malaysia dan Indonesia. Malah, premis makanan segera seperti KFC, Pizza Hut dan lain-lain ada di sekitar ini.

BACA JUGA :   Tawaran Pengajian Universiti Di Rusia Masih Dibuka.

Syarat asas yang dikemukakan ialah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan minimum gred B dalam lapan subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Matematik Tambahan, Sejarah, Fizik, Biologi dan Kimia.

Daulah Educonsult juga ada menawarkan universiti lain kepada anda dan pelbagai bidang yang menarik. Jangan lepaskan peluang ini dan konsultan Daulah Educonsult akan membantu anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here