Kulit yang gatal adalah sangat tidak selesa. Hal ini demikian kerana setiap masa, kita perlu garu untuk legakan kegatalan tersebut. Bagi anda yang  tidak tahu bagaimana ingin merawatnya, Deenamik ada sediakan beberapa cara yang anda boleh praktikkan.

Petua ini adalah secara semulajadi dan sangat mudah. InsyaAllah dengan izin, akan sembuh seperti sediakala.

Tambahan, anda juga tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak. Kegatalan kulit ini kebiasaannya disebabkan oleh bakteria-bakteria yng telah terkumpul pada kulit.

DAUN SALAM

Daun salam ini kegunaannya adalah menambahkan lagi rasa sedap pada masakan. Namun, daun ini juga sangat berkesan dalam merawat kulit  dan rasa gatal.

Anda hanya perlu menghancurkan beberapa helai daun salam yang telah dicuci terlbih dahulu. Kemudian, tempelkan pada bahagian kulit yang gatal sebanyak 3 kali sehari.

GARAM DAN MINYAK MASAK 

Garam dan minyak masak juga mampu menyembuhkn kegatalan kulit. Caranya, anda hanya perlu mencampurkan garm halus ke dalam minyak masak kemudian sapukan di bahagian kulit yang gatal.

MAHKOTA DEWA

Daun mahkota dewa ini terkenal dengan khasiat menyembuhkan penyakit termasuklah merawat kegatalan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah hancurkan daun mahkota dewa hingga halus dan sapu ke bahagian kulit yang gatal.

HEMPEDU BUMI DAN KUNYIT

Umum mengetahui khasiat kunyit yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Untuk menghilangkan rasa gatal pada kulit, ambil beberapa ketul kunyit hidup dan beberapa hela daun hempedu bumi. Basuh bersih kemudian kisar atau tumbuk hingga hancur. Kemudian lumurkan bahan tadi ke bahagian kulit yang yang gatal tadi.

MINYAK KELAPA DARA DAN LEMON

Sediakan sedikit air dari perahan lemon dan cmpurkan dengan 4 sudu minyak kelapa dara. Selepas itu, sapukan pada bahagian kulit anda yang gatal dan  biarkan semalaman.

Semoga segala perkongsian yang disediakan oleh Deenamikl bermanfaat dan kegatalan yang anda hadapai akan berkurangan.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here