Bidang Perubatan dibuka khas kepada pelajar lepasan Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf dan bagi lepasan SPM/IGCSE/O-Level anda akan bermula dengan Pra Perubatan terlebih dahulu sebelum ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan.

Daulah Educonsult membuka peluang kepada bakal-bakal doktor untuk mengikuti kursus perubatan di antara Univeristi perubatan terbaik di Rusia! Antara universiti tersebut ialahย  Kursk State Medical Rusia,Volgograd State Medical Universiti dan Privozhsky Research Medical University .

Kenapa Rusia? Hal ini kerana Rusia mempunyai komuniti pelajar Malaysia yang ramai serta merupakan negara yang senang untuk akses makanan halal!

#KURSK STATE MEDICAL UNIVERSITY


KSMU ditubuhkan pada 7 Februari 1935 dan ia berada di kedudukan 10 universiti perubatan terbaik di Rusia. Antara pencapaian yang dikagumi adalah KSMU merupakan university di Rusia yang pertama menawarkan program latihan perubatan dalam Bahasa Inggeris. Di dalam bangunan KSMU tersebut terdapat Institut Pengajian Perubatan Ecological,Poliklinik Diagnostik dan Institut Perubatan.

Kursk State Medical Universiti merupakan antara 10 universiti terbaik di Rusia bagi bidang Perubatan. Bidang perubatan di universiti ini diiktiraf penuh oleh WHO, KPT, MQA, JPA dan MMC di Malaysia.

Universiti ini merupakan salah satu universiti yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia dengan lebih 1,500 pelajar Malaysia ada di universiti ni. Universiti ini dilengkapi dengan kemudahan yang cukup lengkap seperti klinik dan makmal perubatan yang terdapat 25 buah hospital dan klinik kerajaan Rusia untuk memberi latihan dan praktikal kepada pelajar.

BACA JUGA :   Bidang Pengajian Sains Kesihatan Berkualiti di Universiti Bangladesh

PENGAMBILAN : FEBRUARI, APRIL, JUN & SEPTEMBER

#VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITYย 

Institut Pengajian berprestij ini terletak di Volgograd yang terletak di bahagian selatan Rusia di tebing barat Sungai Volga. Kementerian Pendidikan Rusia telah memberi akredetasi kepada institusi ini untuk mengajar pelajar Rusia dan luar negara kerana mempunyai pengalaman dalam memberi pendidikan yang memuaskan serta mempunyai kakitangan pengajar yang berkelayakan, penyelidik lanjutan dan pakar perubatan yang berpengalaman.

Selain itu, semenjak tahun 2000, Universiti Perubatan Volgograd telah mendapat peluang untuk mengajar pelajar asing dalam bahasa Inggeris.

Kelebihan lainnya ialah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Oleh itu membolehkan para graduan yang keluarย  mendapat pekerjaanย  di mana-mana negaraย  selepas lulus peperiksaan nasional jika perlu.

PENGAMBILAN : SEPTEMBER

#PRIVOZHSKY RESEARCH MEDICAL UNIVERSITY

Privolzhsky Research Medical University adalah salah satu universiti bagi bidang perubatan. Universiti ini dinamakan sempena bandar Nizhny Novgorod di mana ia terletak. Untuk rating,ย  Universiti ini menduduki tempat ke-7 dari 46 institusi perubatan tinggi di Rusia dan ia diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan diluluskan oleh kerajaan dan hampir semua negara yang menghantar pelajar ke universiti ini.

BACA JUGA :   Cara Atasi Gugup Saat 'Interview' Kerja

Fakulti perubatan ini dibina pada tahun 1920 dan dikenali sebagai fakulti Universiti Nizhny Novgorod. Pada bulan Mei 1930 ia menjadi Institut Perubatan bebas dan pada bulan Jun 1994 ia memperoleh kedudukan sebagai Akademi Perubatan Negeri.

Universiti Pengajian Perubatan Privolzhsky (NNSMA) membuka fakulti kemasukan ke luar negara pada tahun 1992 dan sejak itu ribuan pelajar terutamanya dari Asia, Afrika dan Amerika Latin (Sri Lanka, India, Malaysia, Maghribi, Tanzania, Kenya, Syria dan lain-lain) sedang dilatih dalam Perubatan, Pergigian dan Farmasi. NNSMA mempunyai kekuatan lebih daripada 600 pelajar ditambah setiap tahun.

PENGAMBILAN : SEPTEMBER

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

  • Customer Service 1 : 018-9624322
  • Pejabat : 03-92851322
  • Konsultan Cik Karmila : 011-26049599

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here