Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut dalam agama, setiap adat dan sambutan perkahwinan juga berbeza mengikut budaya masing-masing.

Di Mesir, perkahwinan masyarakat disana diadakan secara kecil-kecilan tetapi disambut dengan begiut meriah.

Jemputan hanya dalam kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja. Menurut sesetengah pihak yang menceritakan tentang adat perkhawinan di Mesir, pihak lelaki atau pengantin lelaki perlu menyediakan kenderaan dan rumah terlebih dahulu.

Ianya disediakan sebelum mendirikan rumah tangga dan kebanyakan gadis di Mesir berkahwin dengan pilihan keluarga.

Kebiasaannya lelaki itu dipilih yang sudah mempunyai kewangan yang kukuh, berkerjaya dan mampu untuk menanggung gadis tersebut.

‘Farah’ adalah istilah yang digunakan masyarakat Mesir untuk pertunangan dan pernikahan. Ianya membawa maksud bahagia dan tempohnya lebih kurang setahun dan lebih.

BACA JUGA :   Peluang Ke Maahad Buuth Menerusi Daulah Educonsult

Dalam tempoh inilah pihak lelaki akan menyediakan dan membuat kelengkapan rumah mengikut kemampuan.

Hidangan yang disediakan dalam majlis perkahwinan disini juga berbeza dengan kita di Malaysia.

Masyarakat Mesir tidak menyediakan nasi seperti masyarakat Malaysia. Sebaliknya hanya menyajikan makanan ringan seperti roti, chibsi iaitu kerepek kentang dan minuman ringan.

Mereka hanya mengadakan majlis di pinggir jalan yang berdekatan dengan rumah mereka. Manakala bagi yang berkemampuan, mereka mengadakan majlis didewan besar ataupun hotel.

Daulah Educonsult menawarkan pengajian di Mesir. Jangan lepaskan peluang anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Peluang Sambung Belajar Di Poland

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here