Belum reda dengan wabak COVID-19, muncul pula virus baru iaitu Hantavirus. Namun virus ini bukanlah baru muncul. Namun ianya menjadi hangat apabila seorang lelaki dari China dilaporkan meninggal dunia akibat dari penularan virus ini.
Apakah itu Hantavirus?
Virus ini dibawa dan disebarkan keluarga rodent seperti tikus. Hantavirus ini disebarkan melalui haiwan ke manusia dan termasuk dalam penyakit zoonosis. Manusia boleh terjangkit sekiranya melakukan sentuhan iaitu peluh, air liur dan juga najis haiwan tersebut.
Gejala Hantavirus
Gejala virus ini hanya akan aktif selepas dua hingga empat minggu setelah pesakit itu dijangkiti. Pesakit yang dijangkiti akan mengalami demam panas, sakit kepala, batuk dan juga sakit-sakit sendi. Terdapat juga simptom seperti muntah dan juga cirit-birit.
Mampu Menyebabkan Kematian
Jika anda mendapati diri anda mempunyai simptom seperti di atas, segera berjumpa doktor dann dapatkan nasihat serta rawatan awal. Hal ini kerana jika pesakit itu berterusn batuk dan sesak nafas, pembuluh darah akan pecah di sekitar paru-paru. Keadaan ini akan menyebabkan kematian.
Tidak hanya merosakkan saluran pernafasan, Hantavirus ini juga mampu menyerang buah pinggang. Namun, virus ini hanya mampu merebak antara haiwan kepada manusia sahaja dan bukan manusia ke manusia.
Cara pencegahan yang paling padu adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan. Hal ini dapat menghalang kedatangan tikus.
Oleh itu, anda tidak perlu risau. Namun, sentiasa jaga kebersihan walau dimana sahaja anda berada.