Tempe adalah antara makanan yang menjadi kegemaran masyarakat hari ini. Ianya dimasak dengan pelbagai cara termasuk goreng.
Sesetengah orang memandang sinis terhadap makanan tradisional masyarakat Jawa ini kerana dikatakan makanan kampung dan sajian murahan.
Namun, keenakannya tidak tergambar jika di makan bersama ayam penyet atau dikunyah begitu sahaja.
Akan tetapi, tempe ini adalah antara makanan yang mengandungi protein tinggi kerana bahan utamanya adalah kacang soya.
Menurut perkongsian di laman media sosial, tempe ini adalah sebuah ciptaan yang tidak sengaja.
Pada zaman dahulu, pengusaha tauhu yang berbangsa cina tidak sengaja menumpahkan ragi beras untuk membuat tuak ke dalam kacang soya yang masak dan ingin dijadikan tauhu.
Setelah itu, rupanya berkulat dan pengusaha itu cuba untuk goreng dan merasa. Ternyata rasanya sedap.
Bermula itu, tempe menjadi makanan permintaan tinggi dalam kalangan penduduk Jawa.
Jom lanjutkan pengajian di Indonesia bersama Daulah Educonsult!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)