Selepas keputusan SPM diumumkan baru-baru ini, ada antara pelajar yang masih bingung untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam kebiasaannya adalah pilihan terakhir para pelajar selepas tidak mendapat mana-mana tawaran. Namun tahukah anda, terdapat banyak kelebihna jika anda melanjutkan pengajian dalam Tingkatan Enam.

Kelebihan Menyertai Tingkatan Enam

? Terus Sambung Ijazah Sarjana Muda

Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama satu tahun setengah iaitu bersamaan dengan 3 semester. Ianya adalah jalan yang singkat jika anda mahu melanjutkan pengajian yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda. Tambahan, di Tingkatan Enam, anda juga dikehendaki menjalani ujian MUET yang akan dibimbing oleh guru yang sentiasa bersama dengan pelajar.

? Murid Dan Guru

Menurut perhatian, pelajar yang berada di Tingkatan Enam adalah kurang dan guru mampu untuk memberikan fokus yang optimum terhadap pelajar. Oleh itu, pelajar dapat memanfaatkan segala peluang yang ada untuk sentiasa mendapatkan ilmu dengan guru yang sentiasa akan membimbing pelajar.

BACA JUGA :   Gaji Doktor Antara Gaji Yang termahal Di Dunia?

? Setaraf Diploma

Mungkin ramai yang tidak tahu, sijil STPM adalah setaraf dengan sijil Diploma. Dengan tempoh masa yang singkat, pelajar mampu menamatkan pengajian dengan cepat dan dapat menjimatkan masa. STPM adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

? Yuran Yang Rendah

Yuran pengajian Tingkatan Enam adalah jauh lebih murah berbanding dengan yuran pengajian yang lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, Tingkatan Enam adalah yang terbaik untuk menjadi pilihan anda untuk melanjutkan pengajian.

? Ulang Subjek Yang Gagal

Menerusi Tingkatan Enam, pelajar yang gagal sesuatu subjek dibolehkan untuk mengulang semula kertas peperiksaan tersebut. Sistem peperiksaan Tingkatan Enam yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang semula kertas peperiksaan itu semula.

Walau apapun laluan yang anda pilih, Deenamik sentiasa mendoakan agar anda menggapai kejayaan dengan berusaha semampu boleh untuk berjaya dalam kehidupan. Selepas STPM jika anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, DAULAH EDUCONSULT sedia membantu anda.

BACA JUGA :   Permohonan Pengajian Islam Di Indonesia

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here