600 lebih buah pawagam di China yang baru sahaja dibuka dalam tempoh beberapa hari diarahkan tutup kembali.

Menurut The Hollywood Reporter, semua pawagam itu diarahkan tutup tetapi tidak diberitahu penjelasannya.

Ada laporan mengatakan tindakan itu dilakukan berikutan kebimbangan gelombang kedua COVID-19 yang bakal melanda negara itu.

70,000 pawagam telah ditutup sejak Januari akibat COVID-19 yang telah mengorbankan kira-kira 25,000 lebih nyawa di seluruh dunia.

Media melaporkan bahawa industri perfileman di China mengalami kerugian hampir AS$2 bilion pada dua bulan pertama tahun ini berbanding dengan tahun lepas.

Pawagam juga tidak dibuka ketika Tahun Baru Cina, kebiasaannya sambutan pada Tahun Baru Cina akan mencatatkan jumlah penonton paling ramai di rantau Asia.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Bidang Perubatan di Kursk State Medical University.

Sedang mencari tempat untuk sambung belajar? Daulah Educonsult adalah platform terbaik!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here