Kerjaya sebagai seorang jurutera juga sangat popular selain dari doktor dan juga penjawat awam. Namun tahukah anda, jurutera terbahagi kepada beberapa jenis dan juga skop kerja yang berbeza. Ayuh bersama Deenamik kita selongkar apakah perbezaaan setiap skop pekerjaan seorang jurutera.
Bagi lepasan SPM yang masih keliru untuk memilih bidang dan universiti yang sesuai, moga dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda dalam membuat keputusan.
KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Skop pekerjaan sebagai kejuruteraan mekanikal adalah membina dan menganalisis kenderaan bermotor, pesawat, pemanasan dan juga penyejukan sistem. Tambahan mereka juga mengendalikan kilang pembuatan, peralatan industri, jentera, robotik, peranti perubatan, tenaga alternatif dan sebagainya.
Kejuruteraan mekanikal mempunyai beberapa sub dibawahnya iaitu Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Loji dan Kejuruteraan Plastik. Kesemuanya mempunyai pengkhususan yang berbeza.
KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Fizik dan Matematik Elektrik serta Elektromagnetisme adalah subjek teras yang perlu dipelajari dalam bidang ini. Walaupun kejuruteraan jenis ini masih baru, namun ianya adalah satu-satunya bidang jurutera yang berkaitan dengan teknologi elektrik.
Skop pekerjaan adalah mereka bentuk dan membangunkan sistem elektrik baru, menyelesaikan masalah dan juga menguji peralatan.
Antara kerjaya yang ditawarkan dalam bidang ini adalah seprti Jurutera Penjanaan Kuasa, Jurutera Pengagihan, Jurutera Pusat Janakuasa, Jurutera Pencahayaan Elektrik dan juga Jurutera Peralatan Elektrik.
KEJURUTERAAN KOMPUTER
Kejuruteraan jenis ini menggabungkan Kejuruteraan Elktronik dan Sains Komputer. Ianya juga dilengkapi dengan bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, rangkaian komputer, seni bina komputer dan juga sistem operasi.
Skop pekerjaan jurutera jenis ini adalah mengintegrasikan komponen-komponen ke dalam sistem komputer dan juga rangkaian. Ianya memerlukan pengetahuan mengenai kejuruteraan elektrik. Mereka juga menyelidik, mereka bentuk, membangun dan menguji sistem dan juga komponen komputer iaitu pemprosesan, papan litar, peranti memori, rangkaian dan juga penghala.
KEJURUTERAAN MEKATRONIK
Jika anda peminat robot, kerjaya ini adlaah sangat sesuai untuk anda. Hal ini demikian kerana kejuruteraan ini menggabungkan asas Sains Mekanik, Elektrik dan Komputer untuk membangunkan sistem autonomi.
Skop pekerjaan adalah mereka bentuk mesin dan sistem pintar yang boleh diketahui tentang persekitaran dan juga memproses maklumat untuk membuat keputusan. Permintaan dalam kerjaya ini dilihat sangat tinggi oleh kerana kemajuan teknologi seiring dengan peningkatan industri pembuatan.
Berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini? Daulah Educonsult ada menyediakan peluang belajar dalam bidang ini di negara POLAND. Antaranya ialah di dan juga Vistula University. Kedua-dua universiti adalah diiktiraf oleh WHO, JPA dan juga MQA.
JOM SAMBUNG BELAJAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)