Negara Bangladesh adalah sebuah negara yang mempunyai keluasan sekitar 147 ribu kilometer dan mempunyai antara penduduk yang terpadat di dunia. Walaupun mempunyai kepadatan penduduk yang menyesakkan, Bangladesh adalah antara salah satu negara yang paling unik di dunia.

Negara yang majoriti penduduknya beragama Islam ini sangat kaya dengan budaya dan senibina bangunan yang unik dan masih utuh hingga hari ini. Ingin ketahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca bersama Deenamik.

Bangunan Parlimen

Terletak di Dhaka dan direka oleh seorang arkitek dari Amerika Syarikat iaitu Louis Kahn. Muzium Kesenian Kimbell di Texas adalah hasil sentuhan beliau. Mempunyai ketinggina sehingga 100 kaki dengan keunikan setiap penjuru yang mempunyai elemen yang berbeza.

Terdapat ruang untuk pelawat yang berkunjung. Untuk memasuki bangunan negara ini, anda perlu menyediakan passport dan tiada telefon bimbit dibawa masuk. Sesi bergambar juga tidak dibenarkan.

Ahsan Manzil

Ahsan Manzil ini terltak di sebuah badnar yang berhampiran dengan sungai Buriganga. Ianya merupakan sebuah muzium yang kaya dengan nilai sejarahnya. Muzium ini mempunyai senibina yang indah dan berwarna merah jambu. Ianya sangat sesuai untuk para instgrammers mengabadikan kenangan disini.

Masjid Tara (Star Mosque)

Keunikan senibinanya terserlah dengan sentuhan peradaban Islamik ketika zaman Mughal. Di waktu malam, dinding masjid ini bersinar dek pantulan cahaya di dinding seramik dan batuan cantik di sekitar kawasan masjid.

BACA JUGA :   Konsultasi Percuma Kepada Lepasan Pelajar Yang Berminat Untuk Sambung Belajar Di Luar Negara Oleh Daulah Educonsult.

Curzon Hall

Curzon Hall ini mendapat sentuhan era British Raj yang terletak di dalam Universiti Dhaka. Bangunan ini direka bentuk ketika zaman kolonial British. Kini iaanya adalah sebuah fakulti Sains dan terletak berhampiran dengan bangunan pejabat universiti . Sentuhannya mempunyai persamaan dengan bangunan di Kolkata dan Delhi.

Istana Tajhat

Terletak di bandar Rajpur yang hanya kira-kira 30 minit dari bandar tersebut. Terdapat sebuah taman ros yang indah di dalam istana ini. Ketika musim sejuk, kolam yang terdapat di dalam istana ini akan kering. Di bahagian atasnya, terdapat sebuah muzium yang menempatkan isi kandungan penulisan oleh Pemerintah Moghul yang terakhir, Aurongazeb.

Stesen Keretapi Chittagong

Bangunan stesen keretapi ini wujud ketika era pemerintahan British. Stesen ini masih lagi aktif digunakan oleh rakyat Bangladesh sebagai pengangkutan awam. Anda akan dapat menyaksikan masyarakat tempatan sibuk meneruskan kehidupan sehari. Tambahan, keramahan penduduknya akan membuatkan anda terkesima dan selesa.

Gouripur Lodge

Merupakan antara ikon ketika era pemerintahan Zamindari dan ikon purba di bandar Mymensingh. Ianya berdekatan dengan Bazar Boro. Pembinaannya adalah daripada kayu dan besi yang mempunyai persamaan dengan Zamindar Mansion. Siapa yang membangunkannya masih menjadi tanda tanya, namun ada khabar mengatakan ia dibina oleh Brozenra Kishor Ray Chowdhury. Kini ialanya dikenali sebagai Bank Sonali di bandar Mymensingh.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Pengajian Islam Di Universiti Indonesia.

Kesemua seni bina di atas kebanyakannya dipengaruhi oleh British dan juga Moghul. Universiti juga kebanyakannya mendapat sentuhan yang tidak jauh berbeza. Universiti di Bangladesh adalah bertaraf antarabangsa dan menyediakan peluang pengajian yang terbaik.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Bangladesh Dalam Bidang Perubatan? Daftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here