Maahad Buuth Islamiah Di Mesir? siapa yang layak memohon

0
929

 

Apakah Maahad Buuth?

Sekolah ini bersifat “SEKOLAH KEBAJIKAN” dengan erti kata pelajar hanya perlu membeli buku sekolah , keperluan asas dan keperluan pengurusan serta kos sara hidup. Manakala yuran pengajian dan guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar dan Maahad Buuth Islamiah merupakan sebuah institusi di peringkat menengah bertaraf antarabangsa di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar.

Lokasinya terletak berhampiran dengan Universiti dan Masjid Al-Azhar dan hanya 5 minit jika menaiki kenderaan.

Maahad Buuth merupakan laluan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir tanpa memerlukan kelulusan akademik seperti SPM atau STAM.

Sistem pembelajaran di Maahad Buuth Islamiah tidak sama seperti Malaysia
Sistem di Mesir bergantung kepada prestasi pelajar. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.

Keistimewaan Maahad Buuth

  1. Pengajian seimbang iaitu ilmu agama dan ilmu moden.
  2. Bahasa utama adalah bahasa Arab.
  3. Boleh berkomunikasi dengan pelbagai bangsa dan negara. Dalam bahasa Arab.
  4. Kemasukan tanpa sijil akademik.
  5. Boleh belajar di peringkat antarabangsa dalam usia yang muda.

Syarat Kemasukan

  1. Berumur 14 hingga 21 tahun.
  2. Mampu mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  3. Mempunyai keazaman untuk belajar.

Berminat ?

anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here