Peluang Belajar di Kota Kebudayaan Saint Petersburg, Rusia

0
617

Bandar Saint Petersburg di Rusia adalah pusat kebudayaan dan dianggap bandar tercantik di Negara Beruang Merah. Saint Petersburg juga pernah muncul sebagai destinasi budaya terbaik dunia dalam World Travel Awards 2016. Bandar ini telah mengalahkan London, New York, Paris, Rime, Venice dan Sydney dalam acara setara Oscar di industri pariwisata.

Mengapa Saint Petersburg dikenali sebagai Kota Kebudayaan?

Ini adalah kerana, Saint Petersburg memiliki sejarah dan seni yang sangat menarik. Selain itu, keindahan seni bina Rusia di sepanjang kanal St Petersburg. Pusat bandar menawarkan campuran senibina Baroque dan Neoklasik dalam suasana yang indah yang tetap setia kepada sejarah asalnya, yang diasaskan oleh Tsar Peter the Great sendiri. Tidak hairan jika UNESCO menubuhkan kota ini sebagai warisan budaya dunia.

Selain terkenal dengan pusat pelancongan utama, Saint Petersburg juga terkenal dengan institut pengajian tinggi  seperti Saint Petersburg State University. St Petersburg University ini adalah universiti yang tertua dan salah satu universiti terbesar di Rusia.

BACA JUGA :   Kelebihan Menuntut Ilmu dalam Bidang Perubatan

Tentang Universiti

Saint Petersburg State University merupakan university pertama yang ditubuhkan di Rusia iaitu pada tahun 1724. Permulaan Universiti bermula pada 1724 dan hampir tiga abad selepas itu, ia berjaya menggabungkan tradisi dan inovasi, penyelidikan dan pembelajaran, pengalaman dan belia. Hari ini Saint-Petersburg University merupakan salah satu pusat sains, kejuruteraan, pendidikan dan budaya antarabangsa yang terkemuka.

Saint Petersburg State University ini juga terkenal dengan pelajar dari seluruh dunia dalam bidang ekonomi perniagaan dan kejuruteran.

Saint Petersburg State University terdiri daripada 24 fakulti dan institusi khusus, Gimnasium Akademik, Kolej Perubatan, Kolej Budaya Fizikal dan Sukan, Ekonomi dan Teknologi. Universiti ini mempunyai dua kampus utama: satu di Pulau Vasilievsky dan yang lain di Peterhof.

Kemudahan dan Fasiliti

Saint Petersburg State University terdiri daripada 21 bangunan asrama, dewan, dobi, kafe, kantin, kedai, gim dan mesin ATM. Semua bilik mempunyai akses internet.

 

Adakah anda tahu bahawa Saint Petersburg State University sedang membuka permohonan kepada mereka yang berminat dalam bidang Perniagaan Antarabangsa? Anda boleh menikmati dua benda dalam satu masa iaitu belajar sambil menikmati keindahan di Kota Kebudayaan Saint Petersburg.

BACA JUGA :   Pengambilan Intake Baru KSMU - FEB/SEPT 2020

Anda merupakan pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-LEVEL/MATRIKS/STPM/ASASI/DIPLOMA/A-LEVEL @ setaraf?

JOM SAMBUNG BELAJAR DI SAINT PETERSBURG STATE UNIVERSITY BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here