Biji chia yang kaya dengan khasiat, dulunya terkenal dalam suku kaum di Mexico. Mereka menjadikan biji chia ini sebagai suplemen dan makanan tambahan.
Terkenal sebagai makanan diet yang mampu menurunkan berat badan dan ramai yang menjadikan biji chia ini sebagai bahan dalam menu diet mereka.
Antara kandungan yang terkandung dalam biji chia ialah serta, protein, omega3, kalsium, mangan, magnesium dan fosforus. Selain itu, terdapat juga vitamin B3, potassium, vitamin B1 dan B2.
Diet
Selain sesuai dijadikan menu diet, biji chia mampu menjadi sumber untuk menguatkan tulang selain daripada mengambil produk tenusu, yogurt atau keju.
Ianya boleh dijadikan sebagai minuman iaitu biji chia yang direndam dalam air suam dan diminum begitu sahaja. Ada juga yang dicampurkan dengan yogurt dan buah-buahan dan dijadikan snek. Pelbagai menu boleh dibuat menggunakan biji chia tetapi bergantung kepada individu itu.
Pencernaan
Malah, ianya juga boleh merawat masalah sembelit kerana biji chia apabila dilarutkan dalam air boleh berubah menjadi seperti jeli dan dapat membantu melancarkan proses pencernaan.
Kulit
Disamping kebaikannya untuk kesihatan, ianya juga baik untuk kulit iaitu dapat merawat masalah radang kulit. Membantu dalam melembapkan kulit, merawat kulit kusam dan boleh dijadikan sebagai masker.
Anda berimpian untuk sambung belaajr di luar negara? Konsultan Daulah Educonsult akan bantu anda sepenuhnya!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)