Pulau Wangi Wangi  juga dikenali sebagai Wanci adalah destinasi pilihan bagi penggemar marin. Pulau ini terletak di dalam Kepulauan Tukang Besi. Terdapat juga pulau lain seperti Kadelupa, Tomea dan juga Binongko. Kepulauan ini memiliki hamper 942 spesies ikan dan juga habitat batu karang yang terbesar. Ianya menjadikan kepulauan ini yang terbesar bagi habitat batu karang selepas Australia.

Deenamik akan senaraikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang anda di Wakatobi.

Aktiviti Snorkling

Snorkling adlaah aktiviti utama di kepulauan ini. Hampir seluruh perairan ini memiliki pemandangan batu karang yang sangat indah. Air yang jernih mampu membuatkan anda melihat semua spesies hidupan laut dan juga batu karang.

Roma Reef adalah salah satu habitat batu karang yang paling terkenal. Anda boleh menyelam sehingga kedalaman 15 hingga 25 meter.

Jangan risau jika anda tidak pandai berenang, anda juga boleh ‘menyapa’ ikan lumba-lumba yang sering ,muncul di permukaan laut. Tempat menark untuk melihat ikan ini adalah di Pelabuhan Mola Raya.

 Nikmati Ketenangan Di Pantai Pulau Hoga

Pasir putihnya yang indah dan angin lembut yang menyapa akan membuatkan anda terasa bagai dibuai mimpi. Lokasinya yang hanya dipisahkan dengan Pulau Kadelupa menjadikan lokasinya strategik dan juga unik. Deenamik cadangkan anda bermalam di Hoga Drive Resort dan nikmati pemandangan ‘star gazing‘ yang sangat indah pada malam hari.

BACA JUGA :   Jom kita kenali Universiti terbaik di Mesir, Universiti Zagazig

Selami Kehidupan Suku Bajo

Di kepulauan ini, terdapat suku Bajo yang menjadikan pesisir pantai sebagai tempat tinggal mereka Suku Bajo atau lebih dikenali sebagai sea gypsies adalah suku pengembara laut tertua yang pernah wujud di Wakatobi. Anda juga boleh dapatkan cenderamata yang dihasilkan oleh penduduk yang menetap di sekitar pantai ini.

Puncak Kahyangan, Puncak Tomia

Puncak ini terletak di Pulau Tomia ini adalah sebuah bukit rumput yang menjanjikan pemandangan yang sangat indah. Puncak ini merupakan lokasi kegemaran para photgrapher untuk mengabadikan momen ketika matahari terbenam dan terbit.

Gua Air Tawar

Gua ini terletak di Desa Wawotimo iaitu di puncak Gunung Tomia. Gua ini terlihat seperti sebuah lubang air ianya adalah sebuah gua yang unik. Perjalanan untuk ke gua ini sangat mencabar kerana tidak ramai lagi yang tahu mengenai kewujudannya. Tambahan, tiada trek khas untuk ke kawasan gua ini.

Tasik Di Hutan Bakau

Tasik Sombano merupakan sebuah tasik yang terbentuk di tengah-tengah hutan bakau. Terdapat pelbagai jenis tanaman eksotik yang boleh didapati disini. Antaranya seperti orkid dan pelbagai jenis tanaman pandan yang anda tidak pernah tahu kewujudannya. Penduduk setempat tidak mengalakkan anda untuk berenang di task ini kerana terdapat sebuah lagenda mengenai buaya hitam yang terdapat di dasar tasik ini.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah : Program Belajar di Universiti Al-Azhar Tanpa Perlu Sijil SPM Atau STAM

Berikut merupakan antara senarai tempat dan aktiviti yang anda boleh lakukan sepanjang anda di Wakatobi. Namun bagi adan yang mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia, DAULAH EDUCONSULT ada menawarkan peluang melanjutkan pengajian ke Indonesia.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here