Budaya dan adat melambangkan kepada identiti sesebuah kaum masyarakat itu. Kebanyakan masyarakat luar mengenali sesebuah kaum itu melalui budaya atau adatnya.
Justeru itu, tidak ada masyarakat yang tidak ada budaya dan adatnya tersendiri, seperti contoh masyarakat Cina ada budaya dan adat yang tersendiri. Begitu juga dengan masyarakat Melayu dan India serta negara luar.
Di Mesir, amalan yang diamalkan semasa bulan Ramadhan telah menjadi tradisi turun temurun yang melestarikan budaya buat masyarakat di sana.
El- Messaharaty
El-Messaharaty ialah bertujuan untuk mengejutkan masyarakat setempat bangun untuk bersahur. Di Mesir, dram kecil digunakan untuk mengejutkan orang utnk bersahur.
Biarpun dunia kini telah maju dengan adanya jam digital yang boleh mengejutkan orang untuk bersahur, tetapi amalan tradisi ini masih lagi dipraktikkan.
Kebiasaannya, dram ini diketuk satu atau dua jam sebelum fajar muncul. Bunyi dram ini sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat disini dan semangat bulan Ramadhan semakin dirasai dan istimewa.
Namun, El-Messaharaty ini berbeza dengan negara lain seperti Oman, Yaman, Sudan, Syria, Palestin, Lebanon serta Arab Saudi.
Di Yaman, El-Messaharaty adalah menggunakan kayu stik untuk mengetuk pintu rumah dan tidak menggunakan dram kecil.
Jika di Sudan, El-Messaharaty adalah berjalan bersama anak kecil dan menyeru nama orang agar bangun bersahur.
Lain pula di Lebanon, Syria, Arab Saudi dan Palestin, El-Messaharaty mengejutkan orang untuk bangun bersahur adalah dengan solat.
Jom sambung pengajian di Mesir, pelbagai bidang pengajian ditawarkan oleh Daulah Educonsult serta perkhidmatan konsultan secara percuma!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)