Indonesia yang terdiri daripada pelbagai suku kaum yang menyebabkan pelbagai bentuk tradisi wujud dalam kalangan suku kaum masyarakat Indonesia.

Suku Dani adalah suku kaum yang ada di Indonesia iaitu di kawasan Pergunungan Tengah Papua.

Kaum ini merupakan petani yang menggunakan kapak, alat pengikis, pisau daripada tulang binatang, tombak kayu dan sebagainya alatan tradisional.

Selain itu, kaum ini juga mengamalkan satu tradisi pelik dan menyakitkan iaitu tradisi potong jari.

Tradisi ini dilakukan bertujuan untuk mengungkapkan perasaan sedih jika hilang salah seorang ahli keluarga dalam kalangan mereka.

Pada kepercayaan mereka, jari melambangkan kesatuan dan kekuatan diri manusia.

Malah, pada mereka, jari itu ibarat anggota keluarga mereka. Jika hilang satu jari maka tidak akan lengkap atau merasa tidak lengkap.

BACA JUGA :   Kolej Perubatan Chittagong

Kebanyakan kaum wanita yang melakukan tradisi memotong jari ini. Manakala kaum lelaki memotong daun telinga.

Menurut masyarakat mereka, jika orang yang meninggal itu adalah orang tua, maka dua ruas jari perlu dipotong.

Tetapi, jika ianya hanya saudara, satu ruas jari sahaja yang dipotong. Sebelum memotong jari, mereka akan membacakan satu mantera.

Ini adalah menurut kepercayaan mereka, lain kaum lain pula tradisinya.

Daulah Educonsult menawarkan anda peluang melanjutkan pengajian di luar negara.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here