Komuniti perubatan di Amerika Syarikat dan United Kingdom bakal menjalankan kajian mengapa kaum minoriti lebih berisiko untuk terkena jangkitan COVID-19.

Angka korban bukan kulit putih dari segmen demografi BAME (Blacks, Asians, Minority Ethnics) didapati tidak sepadan dengan jumlah mereka sebagai kaum minoriti.

Biarpun butiran tidak didedahkan, ia bukan lagi menjadi rahsia kesemua 10 korban pertama akibat COVID-19 di UK ini.

Ianya terdiri daripada kalangan doktor termasuk barisan hadapan berketurunan BAME.

Mereka yang berketurunan BAME iaitu berasal Asia, Asia Barat atapun Afrika. Korban yang meninggal ialah enam jururawat, seorang petugas farmasi dan seorang pembantu perubatan iaitu dalam kalangan BAME.

Pertubuhan Perubatan Britain (British Medical Association atau BMA) mendapati kini 35 peratus daripada 2,000 pesakit COVID-19 yang ada dalam unit rawatan rapi (Intensive Care Unit atau ICU) adalah merupakan pesakit bukan kulit putih.

BACA JUGA :   10 Tempat Pelancongan Menarik di Bandung

Menurut pengerusinya, Chand Nagpaul, kelompok demografi BAME memang lebih terkesan menghidap gejala diabetes, sakit jantung dan darah tinggi akibat gaya hidup yang kurang sihat serta kandungan dalam pemakanan yang tidak sihat.

Nagpaul berkata, data yang ada padanya menunjukkan dalam kelompok lima doktor yang maut termasuklah pakar perubatan beragama Islam, berketurunan Arab Sudan dan Bangladesh yang berumur antara 55 hingga 79 tahun.

Manakala di Amerika pula, Penasihat Perubatan (Surgeon General) negara Jerome Adams menimbulkan kontroversi apabila menyeru kaum kulit hitam untuk merubah tabiat merokok, ketagih arak dan dadah sebagai pengajaran penting dalam suasana sekarang.

Ia adalah ekoran statistik penularan dan kematian yang melibatkan kematian warga Amerika berkulit hitam dan minoriti etnik sangat tinggi.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti Airlangga

Sebanyak 15 peratus penduduk Michigan berkulit hitam atau minoriti etnik tetapi kelompok ini telah mencatatkan 40 peratus dalam tempoh COVID-19 ini.

Selain itu, beberapa data yang tidak rasmi menunjukkan lebih ramai kaum lelaki terdedah dan kemungkinan akan maut akibat COVID-19 jika dibandingkan dengan kaum wanita.

Antara faktor yang menyebabkannya ialah kaum lelaki kurang berhati-hati dalam menjaga kebersihan dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti membahayakan diri adalah antara alasan yang diketengahkan.

Sumber: Astro Awani

Sedang mencari universiti terbaik?

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here