Sebuah aplikasi untuk menjejak kontak COVID-19 dengan mudah dalam telefon pintar kini telah digunakan oleh rakyat Australia. Kerajaan Australia yakin bahawa lebih ramai rakyatnya memuat turun aplikasi tersebut bagi menjejak dengan mudah.

Sumber: Google

Lebih 26 juta penduduk di negara itu telah memuat turun aplikasi COVIDSafe itu. Ianya berfungsi adalah dengan menggunakan ‘bluetooth’ yang ada dalam telefon pintar masing-masing untuk mengesan pengguna terdekat yang lain. Aplikasi itu dilancarkan pada Ahad lalu.

Diuji dengan pesakit yang positif COVID-19, sesiapa sahaja yang pernah berdekatan atau kontak rapat pesakit itu, mereka akan diberitahu. Sekaligus ia menjadikan pengesanan virus itu secara lebih pantas dan mudah.

Sistem yang baru dilancarkan itu merupakan batu loncatan untuk tidak lagi mereka mengamalkan penjarakkan sosial. Menurut Ketua Pegawai Kesihatan, Damian Murphy memberitahu bahawa pihaknya sangat teruja kerana ia mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyat negara itu.

BACA JUGA :   Majikan Akan Didakwa Jika Pecat Pekerja Yang Sedang Cuti Bersalin 90 Hari

Menerusi aplikasi COVIDSafe ini, pesakit positif boleh mengenalpasti individu lain yang berkontak rapat dalam tempoh 15 minit atau tiga minggu sebelumnya. Tambah pihak berkuasa, penggunaan aplikasi tersebut dilakukan secara sukarela dan data akan dirahsiakan.

Kerajaan Australia berhasrat untuk mempercepatkan proses perundangan melalui parlimen. Ia adalah bagi melarang penggunaan data peribadi yang bertujuan lain selain daripada mengesan individu mempunyai gejala.

Selain itu, pihak kerajaan juga berharap aplikasi itu mampu membantu dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dan membolehkan semula perjalanan aktiviti ekonomi dengan selamat.

Australia telah mencatatkan 6,720 kes dan kematian adalah sebanyak 83. Manakala kes di Malaysia pula setakat semalam, jumlah pesakit sembuh adalah sebanyak 3,957 dan kematian adalah sebanyak 99. Kes keseluruhan di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes.

BACA JUGA :   5 Penyakit Dapat Disembuhkan Dengan Berjalan Kaki

Sumber: Berita Harian

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kerapkan mencuci tangan anda serta sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman. Amalkan penjarakkan sosial, bersama kita putuskan rantaian COVID-19.

Mencari universiti luar negara untuk tahun 2021? Jom belajar di universiti perubatan di Bangladesh !

  • Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
  • Customer service 1 :0189624322
  • Customer service 2 :0182429322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here